Thursday, 24 July 2014

CATATAN AMBANG RAYA 2014

24 Julai 2014

Hari ni aku masih bekerja. Staff2 ku di ofis tersenyum riang tak sabar nak pulang….Si Pija yang nak balik Kelantan dah memandang skrin computer ternampak rendang ketupat…Ervina yang balik Sarawak dah lama naik belon. Mungkin dah bergembira bersama ibu bapanya sekarang. Tak kurang staff-staf ku warga johor…..Yati, Fuza, Nana tersenyum sampai ke telinga, menghitung hari mengira gerakkan jarum jam. Menyusun hari nak balik rumah mertua. Lagu raya sejak pagi berkumandang di corong computer…dah 176 kali ulang aku rasa…menanah telinga dah dengar.

AKU…..?  Planningnya esok dah nak balik kampung Penang ku terchenta…….nak menyambut hari rayalah.

Tak macam tahun-tahun yang lepas……entah kenapa tahun ni mood beraya tah kemana….tak teruja langsung nak beraya…Tahun ni tak ada apa2 persiapan raya yg aku buat. Kuih raya, baju raya langsung tak di beli…langsir raya, hiasan2 rumah untuk raya..…emmmm…tak de pun. Cat rumah…emmm biarlah. Malasnya nak cat baru….malas…! malas…! malas….!

Mungkinkah kerana usia sudah merangkak senja?….. blum senja sangat aku rasa…..

Menoleh kembali ke belakang, terlihat mimpi-mimpi yang tak kesampaian, mimpi belum aku capai, kekecewaan, cita-cita yang belum tergapai, hajat yang tak tertunai, walaupun aku dah melangkah sejauh ini…….Masih ada sesuatu yang aku cari dan belum temui. Apa yang aku cari???

Semakin usia bertambah semakin sayang meninggalkan Ramadhan, semakin aku mengerti erti Ramadhan dan keberkatan bulan yang mulia ni. Moga Allah memberkati perjalanan hidupku, semoga jiwaku lebih dekat dengan Pencipta dan semoga sekembalinya aku ke kampung esok hati kembali ceria….Aminnn.

Ramadhan, jangan kau pergi….


Kartun yang di lukis pun tak kena mengena dengan cerita….gasaklah!!!












Friday, 11 July 2014

Ckeen: CATATAN GAZA 2014....

Ckeen: CATATAN GAZA 2014....: Pagi ini...memang tak ada mood nak lukis kartun pasal suasana puasa atau update pasal world cup. Tebayang saudara kita di palestin. Sama ad...

CATATAN GAZA 2014....

Pagi ini...memang tak ada mood nak lukis kartun pasal suasana puasa atau update pasal world cup. Tebayang saudara kita di palestin. Sama ada kita sedar atau tidak...hampir setiap tahun bila tiba ramadhan, israel mengambil kesempatan membedil saudara se agama kita di Gaza......dan mereka tidak akan berhenti selagi tidak lenyap negara palestin di peta dunia....sama2lah kita berdoa pada Allah ....lafazkanlah qunut Nazilah....untuk kesejahteraan dan kemenangan mereka di sana....ameeennn



Friday, 9 May 2014

Ckeen: PUASA 1

Ckeen: PUASA 1: Bulan puasa dah tiba. tahun ni anak-anakku hannah dan caca mula berpuasa...haifa kakak yang sulung dah okay. Tapi tahun ni nampak lembik jug...

Ckeen: PUASA 2

Ckeen: PUASA 2: Lepas mak aku puas kejut sampai 1/2 jam...dengan penuh kepayahan dan tangisan aku bangun juga. dah pukul 4.30 pagi masih termenung tengok ...

Ckeen: PUASA 3

Ckeen: PUASA 3: Berpuasa di kampung tersangatlah meriah...setiap kali tiba bulan puasa mak akan sediakan setalam makanan untuk di hantar ke surau. Biasanya ...

Ckeen: BANJIR

Ckeen: BANJIR: Dah lama aku peram lukisan nie...daripada banjir bulan jun hari tu sampai la sekarang...baru nak post kat blog. Kira macam dah basi jugak la...

Ckeen: AKU TAK NAKAL...

Ckeen: AKU TAK NAKAL...: Sabtu, 28 Julai 2012, Hari ini genap seminggu berpuasa. Nak masak untuk berbuka pun awal lagi. Tengok TV pun boring. Kebetulan ASTRO te...

Ckeen: RAYA...RAYA ...RAYA...

Ckeen: RAYA...RAYA ...RAYA...: 9 hari lagi umat Islam dah nak menyambut hari raya. 9 hari ni jugalah saat2 yan paling aku benci...kerja berlambak2 kat atas meja ofis. Dah...

Ckeen: CATATAN RAYA 2012

Ckeen: CATATAN RAYA 2012: Sabtu, 18 Ogos 2012 Kami bertolak ke Penang dari negeri Sembilan lebih kurang pukul 2 petang. Ingatkan nak awal sikit. Tapi, nak siapka...

Ckeen: KARTUN LAMA

Ckeen: KARTUN LAMA: Semalam...sedang aku mengemas barang-barang di stor, terjumpa koleksi kartun yang aku lukis masa bujang dulu. Kalau tak salah tahun 1993......

Ckeen: lintah..oh lintah...

Ckeen: lintah..oh lintah...: Hujung minggu ni terasa free sikit. Kerja office pun tak mencanak sampai ke hujung minggu. cuma ada dua tiga projek lagi yang perlu aku sel...

Ckeen: Wayang Pacak

Ckeen: Wayang Pacak: Minggu lepas semasa berkunjung ke rumah Kak Ani di Kajang, aku sempat berbual2 kosong tentang kenangan silam kami. Bersama Kak Ani aku meng...

Ckeen: AKU, INA + LEGOLAND

Ckeen: AKU, INA + LEGOLAND: 27.1.2013.... Hari ni aku, suami  dan anak2  ke Legoland buat kali yang ke 5. Hari ni kami sekeluarga nak habiskan semua permainan yg a...

Ckeen: Hari itu sudah berlalu......Sungai orang putih...

Ckeen: Hari itu sudah berlalu......Sungai orang putih...: 28 May 2013.... 9.00 malam Sejak semalamnya lagi semua kelengkapan, beg, toto bantal dah pun disumbat ke dalam kereta. Senang sikit, esok...

Ckeen: Hari itu telah berlalu....bersyukur apa yang kita ...

Ckeen: Hari itu telah berlalu....bersyukur apa yang kita ...: 6.30 petang… Petang ni macam biasa, aku bergegas pulang dari tempat kerja untuk mengambil Haifa, Hannah dan Caca. Lepas siap mengangkut ...

Ckeen: Back to School....1981...

Ckeen: Back to School....1981...: 28 December 2013 Mama!…mama!…bangun, dah pukul 10 pagi ma…semalam janji nak gi beli barang2 sekolahkan?…kejut Haifa. Antara sedar d...

Ckeen: Mengaji19 Januari 2014…..Cuti yang membosankan…...

Ckeen: Mengaji

19 Januari 2014…..
Cuti yang membosankan…...
: Mengaji 19 Januari 2014….. Cuti yang membosankan….terperap saja kat rumah melayan kerenah anak2. Emmm... nak buat apa ya? Baring2 dah...

Ckeen: HARI ITU TELAH BERLALU.....DIA IBUKU

Ckeen: HARI ITU TELAH BERLALU.....DIA IBUKU: Wanita itu berkulit putih, berambut hitam keperangan, tubuhnya kurus, berketinggian sederhana, tidak tinggi dan tidak juga rendah. Wajah ce...

HARI ITU TELAH BERLALU.....DIA IBUKU

Wanita itu berkulit putih, berambut hitam keperangan, tubuhnya kurus, berketinggian sederhana, tidak tinggi dan tidak juga rendah. Wajah cengkungnya agak serius, pediam, sentiasa berbaju kedah bila di rumah. Tangannya cekap melakukan kerja2 rumah. Jarang sekali kulihat dia berehat atau tidur disiang hari. Itulah wajah yang selalu aku ingat, sentiasa aku rindu, orang pertama yang aku cari sebaik sahaja bangun pagi……Dia.... ibuku yang ku panggil Mak…

Mak seorang yang sangat tabah. Sepanjang hidupku, tidak pernah aku lihat dia menagis (aku mewarisi sikap ini) walaupun hidup kami sekeluarga boleh dikategorikan susah. Mak seorang pelukis hebat. Dia sering menang pertandingan melukis semasa di sekolah. Mak pernah cerita padaku betapa dia amat gembira bila lukisan menara jam New Yorknya menang tempat pertama dan terpampang di sekolah. Tapi sayangnya, bakat itu tak ke mana bila mak tak dibenarkan meneruskan pelajaran walaupun keputusan peperiksaannya amat baik. Emmm...Lumrah.. nasib wanita zaman tu. Walaupun kecewa, mak akur dengan keputusan atuk. Kata mak, atuk berulang kali mengatakan, sia2 saja belajar...adik2 perlu dijaga. Dari raut wajah mak semasa bercerita, aku tau mak amat kecewa dengan keputusan atuk. Tinggallah mak meneruskan hidup dengan terpaksa menjaga adik2 yang masih kecik dan membuat segala macam kerja rumah, menganyam tikar, memasak, menanam padi dan semuanya. Aku simpulkan, mak seorang yang bijak. Cuma nasib tak menyebelahinya. Mak satu2nya anak perempuan atuk yang mashih hidup, jadi semua kerja rumah di bebankan atas bahu mak.

Mak suka menyanyi2 kecil bila menjahit. Aku tak pernah mendengar dia meninggikan suara. Tangannya pun teramat jarang atau boleh dikatakan tidak pernah memukul kami adik beradik.Aku mewarisi hampir semua bakat dan sifat yang ada pada mak. Kecuali warna kulit dan raut wajah (sedihnya). Kulit aku yang agak gelap diwarisi dari bapaku yang berketurunan benggali.


Mak….moodnya susah dibaca. Kadang-kadang pendiam dan kadang-kadang ceria. Dia seorang pendengar setia. Masih aku ingat sewaktu kecil, dialah orang pertama yang ku ceritakan perihal boyfriend pertamaku, seorang budak lelaki india, Balan namanya. Hehe...gatal jugak aku masa kecik ye…aku memang suka lelaki berkulit gelap. Sambil bercerita sambil aku menyanyi2 penuh perasaan. Cerita tentang boyfriend aku tu taklah best sangat. Mengarut…berulang2. Tapi mak tetap mendengar dan melayan dengan penuh minat. 


Mak sangat tegas bab2 kerja rumah. Kami anak2 perempuan di ajar berdikari, memasak dan mengemas sejak sekolah rendah. Bila waktu memasak tiba, rasa macam nak menangis bila mak suruh kami menggiling rempah untuk di buat gulai. Masak pula terpaksa guna dapur kayu. Tak lama lepas tu barulah lega sikit bila bapak belikan dapur minyak tanah cap butterfly. Kurang sikit pedih mata bertarung dengan asap. Sejak kecik, kami di ajar mengupas kelapa menggunakan parang dan memarut kelapa menggunakan kukur kelapa, mengangkut air dari sungai kerana waktu kecil. Dahulu, rumahku memang tak ada bekalan air. Letrik pun tak ada, terpaksa guna gasolen dan pelita…. Separuh dari rumahku juga berlantaikan tanah. Seksanya..... Dalam hati berbisik, aku berazam tak mahu hidup susah bila besar nanti…..


Hanya di akhir tahun 80an, sedikit demi sedikit hidup mula berubah bila  ekonomi keluarga makin baik. Kakak2 dan abang2 yang besar mula bekerja. Perniagaan bapak pun makin ok.

Masihku ingat, di suatu pagi sewaktu menggoreng jemput2 pisang. Mak jatuh sakit. Mak terlantar agak lama. Doktor cakap, mak jadi macam tu kerana bekerja terlalu kuat di waktu mudanya. Mana taknya, Mak hanya betah berehat seminggu sahaja di katil, berpantang sebaik sahaja bersalin. Mak terpaksa turun ke sungai mengangkut air, memasak dan bekerja seperti biasa. Kesian Mak….Sebaik sahaja pulih dari sakit, mak tak boleh lagi bekerja kuat seperti dulu. Sejak mak sakit, terpaksalah kami adik beradik memikul sebahagian tugas mak.

Aku memang malas belajar di waktu kecil. Celik ja mata, yang aku ingat nak pegi main kat sungai. Masuk hutan cari buluh pancing dan pelepah bemban untuk membina dangau. Tapi lepas mak sakit, sedikit demi sedikit, kesedaran untuk berubah mula timbul. Aku perlu ubah nasib keluarga berganding bahu bersama ahli keluarga yang lain. 

Berkat azam dan kesabaran yang tinggi, aku berjaya menamatkan SPM dengan cemerlang. Ketika aku melangkah ke alam Universiti, Mak lah orang pertama yang amat gembira selain arwah bapakku yang pada ketika itu telah hilang upaya akibat stroke. Bapak hanya mampu menagis keriangan tanpa mampu berkata2. Mak menggadai hampir sepertiga barang kemasnya untuk menghantarku ke UTM. Kasihan aku tengok mak yang pada waktu itu agak tertekan menjaga bapakku bersama2 kak Liza dan abang Nan. Sekurang2nya terbalas segala penat lelah membesarkan aku yang agak nakal. Maafkan aku mak sebab tak mampu tinggal di kampung. Nasib keluarga perlu di ubah.  Mak perlu dibantu, hatinya perlu di bebaskan dari kesusahan.


Cabaran di universiti sangat berat. Tapi, mak tak boleh tahu masaalah ku di sini. Mak tak perlu tahu yang aku hanya makan sekali sehari. Dia tak perlu tahu yang aku terpaksa bekerja setiap hujung minggu di sebuah firma arkitek, membuat kerja2 melukis kartun demi menampung perbelanjaan pengajian senibina yang amat tinggi. Mak tak perlu tahu yang aku terpaksa bermusafir dan tinggal bersendirian di studio FAB selama di semester akhir pengajiaanku. Alhamdulillah sepanjang tinggal di studio, tiada sebarang gangguan paranormal walaupun banyak cerita yang aku dengar.

Kesusahan sewaktu belajar tidak hanya terhenti di situ. Ketika menjalankan latihan praktikal selama 6 bulan. Aku terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sewa hampir sejam dari Damansara ke seksyen 17 setiap petang kerana kekurangan wang saku….Mak tak perlu tahu semua tu. Yang mak perlu tau, semuanya baik2 saja. Semuanya ku lakukan demi menjaga hati mak dan mengelakkan mak susah hati.

Jasa dan pengorbanan mak hanya terbalas bila aku mula bekerja. Aku tak boleh malas dan perlu terus pandang kedepan. Aku perlu contohi sikap mak yang amat tabah dan tak pernah mengenal erti putus asa. Mak berpesan agar jangan lupa sembahyang, jauhi sikap berhutang. Biar susah tapi jangan menyusahkan orang, hiduplah dengan cara bersederhana dan jangan boros. Alhamdulillah, berkat doa Mak, kerjayaku berkembang positif.

Tanggal 26 Mei 2011, mak telah pergi buat selamanya akibat denggi. Mak menderita cirit birit yang amat teruk hampir sebulan. Tetapi mak merahsiakan dari kami adik beradik yang jauh. Seminggu sebelum pemergian Mak, aku sempat menjaganya di hospital. Empat hari sebelum mak meninggal, kami sempat berbual2 perihal kisahku di masa kecil. Banyak yang diceritakan. Kami perbual sepanjang malam. Mak begitu bersemangat bercerita walaupun badannya kelihatan amat lemah. Aku amat terkilan kerana di akhir hayat mak, sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku tiada disisinya. Masaku bersama mak amat terhad kerana jarak kampungku terlalu jauh…..

Perginya mak bersama separuh dari jiwaku. Jiwa terasa kosong tanpa mak, insan yang amat aku hormati dan kasihi. Hilang sumber inspirasi hidup yang sentiasa mengerti jiwaku. Yang dapatku titipkan kini cuma doa buatmu…Alfatihah untuk arwah mak…..

Pesanku pada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ibu....sayangilah, hargailah dan jenguklah mereka selalu sementara mereka masih ada....






Sunday, 19 January 2014

Mengaji

19 Januari 2014…..

Cuti yang membosankan….terperap saja kat rumah melayan kerenah anak2. Emmm... nak buat apa ya? Baring2 dah…kemas rumah pun sudah…semuanya dah…emmm…Layan FB kejaplah.

Tanpa berlengah, note 2 aku capai, bukak saja FB ternampak gambar profil jiran aku…Walla weh! Rumah tu… rumah tempat aku mengaji dulu. Nostalgia dan syahdunya!…. Di FB seorang jiran sekampung tertera gambar rumah arwah tok wan dan atok diorang yang memang tak asing lagi bagi aku. Rumah bersenibina vernakular di dalam gambar separa kuning betul2 menggamit memori. Bila tengok ja gambar2 lama mulalah tersentuh hati terkenang kampung halaman. Sesungguhnya di usia begini aku sangat rindukan semua yang lama aku tinggalkan. Terasa bosan yang teramat sangat di selatan ni. Semuanya terasa asing dan tak sebati dengan jiwa utara aku walaupun dah 24 tahun aku berkelana di sini. Ish…kalaulah dapat aku tinggalkan JB dan balik kampung. Bestnya!...How I wish….

Emm…lepas tengok gambar tu, terasa berkobar2 pulak nak sambung cerita dan lukis kartun pasal mengaji nie. Tertunda terlalu lama disebabkan hilangnya semangat dan kesibukkan bekerja. Ok!….lets continue c’keen….semangat..!  semangat…!


Inilah Rumah Arwah Mak Long Tom & Arwah Haji Zakaria…rumah yang penuh nostalgia. Di sinilah tempat pertemuan aku dan rakan2 sekampung  selain sungai orang putih sebelah rumah aku tu. Di sini aku bertemu anak2 arwah Mat Zaki, anak2 abg Leh, Kotan, Chik adik kotan, saodah, Mat Khair, Nae ngan dua tiga orang lagi kawan.


Sekitar 1981…

Aku mengaji di sebelah pagi seawal pukul 7. Selalu miss, sebab penat sebelah malam tolong bapak berniaga. Kadang2 terpaksa siang ikan untuk buat ikan masin atau pekasam….Biasanya memang lajak sampa pukul 1 ke 2 pagi….Bila miss mengaji pagi, terpaksalah cover sebelah malamnya. Ni yang aku tak suka….Ishhh!
Bukan apa. Aku cukup takut nak melewati kilang padi dan pokok lemuni misteri. Rupa dan bentuk pokok lemuni yang berwarna ungu…bila bertiup lembut…cukup mengerikan. Kata orang pokok ni ada Pontianak dua beranak bertenggek kat atasnya….Wallahualam. Walaupun tak pernah bertemu dengan makhluk nie…imaginasi pun dah cukup mengerikan. Terasa macam ada mata2 kemerahan, makluk berbulu bertaring mengekori dan menunggu aku dicelah-celah kilang padi dan lalang.


Yang aku geram, selalu sangat kena tinggal dan kena balik sorang-sorang. Ini yang palinggggg aku tak suka….Ngeri sangat….Pernah juga berbasikal ke tempat mengaji…tapi dua tiga kali dynamo basikal rosak, lampu tak mau menyala. Sudahnya dua tiga kali terjunam dalam paya kecik yang penuh berudu tu….


Kalau mengaji sebelah pagi terutamanya hari sabtu dan ahad, memang Q terlalu panjang. Sementara menunggu, sempat aku bergossip, main batu seremban atau pun bergaduh gaduh manja dengan kawan2. Paling susah aku nak lupa, jiran aku kotan…asal tunggu terlalu lama ja…mulalah nak berdrama…..sikit2 nak jadi 'hulk'. Habis kepala kami di tajinya….Kakak Kotan, Saodahlah selalu jadi mangsa. Merah padam muka kena cekik dengan si adik….Ha..ha..ha..Aku macam biasa…bila bosan menunggu pasti nak petik bunga cina sebelah tangga beranda. Nak buat apa?...biasalah drama 'queen'…berangan la…layan 'blues' yang tak habis2 dari kecik sampai ke besar.



Sempat bertanya dan berbual di FB bersama jiran2 lama, aku dapat tau yang rumah ni tiada lagi. Hutan 'horror' belakang rumah pun dah di tebas. Dah terpacak rumah2 baru bersenibina moden ahli keluarga arwah. Keluarga aku pun dah tak tinggal di situ lagi. Sedihnya…Yang tinggal cuma sekeping gambar yang menyimpan seribu kenangan……


Aku sangat2 berharap satu hari nanti bandar JB ni dapat aku tinggalkan dan kembali ke kampung…terlalu banyak memori indah yang tercipta di sana. Emmm…tapi nak kerja ape ye kat sana…..?

Untuk rakan2 sekampung terutama jiran2 aku yang hanya ada 2 famili ; Keluarga Abang Leh sebelah rumah dan Keluarga Mat Zaki di belakang rumah. This is for you........I really miss those precious moment!