Saturday, 28 July 2012

AKU TAK NAKAL...

Sabtu, 28 Julai 2012,

Hari ini genap seminggu berpuasa. Nak masak untuk berbuka pun awal lagi. Tengok TV pun boring. Kebetulan ASTRO tengah ada promosi channel indopek percuma. Apalagi suami aku melekat kat sofa depan TV. Lagi tak azan zohor, tak stop tengok TV. Haifa, Hannah dan Caca kat bilik air dah sejam pun tak keluar2 jugak. Dah 3-4 kali aku jerit suruh keluar tak jugak nak keluar. Lepas dah biru mulut kesejukkan barulah diorang keluar.

Panas cuaca hari ni sampai sakit kepala. Dah bosan sangat dan sebab nak sejuk sikit...aku  dan suami ajak anak2 pergi JASCO main kat playground....


Sampai di playground anak-anak aku terus serbu dan main sampai tak ingat dunia. Oleh kerana aku jarang bawak anak2 main kat playground disebabkan kesuntukan waktu, anak2 aku ter'over' la pulak. Main tak macam budak2 lain. Aku pulak naik takut tengok...

Dalam 1/2 jam main..aku dah tak tahan tengok betapa 'aggresive'nya diorang bermain. Macam playground tu mak bapak diorang punya. Dah geram sangat, aku ajak diorang balik je....



Sampai kat rumah, Masing-masin tunjuk perasaan sebab tak puas main kat playground tadi. Aku tak habis2 lecture anak2 aku pasal etika bermain di playround tadi...Suami aku cool je...tapi tiba2 je dia cakap anak anak aku ikut perangai aku masa kecik. Aku terdiam....Mana ada aku nakal masa kecik... 



Mana aku nakal masa kecik. Aku cuma 'adventurous' je....Satu lagi sebab, dulu mana banyak pilihan untuk bermain. apa yang ada keliling rumah, itulah sumber untuk bermain. Macam kat rumah aku, yang ada cuma sungai dan hutan belakang rumah....Kalau tak main pondok2, aku masuk hutan atau ke sungai.

Tahun 1980...
Pagi...celik mata je, abang mat ajak turun sungai. Disebabkan membesar di tepi sungai kami tahu bila air pasang dan surut. Biasanya kami turun ke sungai waktu air cetek dan balik tengahari sikit, bila air tengah naik. Abang mat, sebelum masuk sekolah tadika dan kenal dengan kawan2 dia, mat merah, aziz, mat jet, mat khir, bidin dan kawan2 tadika dia yang lain, aku dan anak abang leh sajalah kawan dia. Sebabnya kawasan rumah kami tak ramai jiran. 


Apa pun turun ke sungai memang best! Banyak dapat anak ikan...dalam tin susu atau tin sardin. Kalau dalam tin milo lagi besar ikannya. Kalau tak ada ikan pun, banyak siput ..boleh bawak balik rumah.

Suatu hari, air agak keruh, aku dan bang Mat menyusuri sungai di belakang kedai Pah Lah, Di satu tempat, aku nampak banyak tin susu...tiba2 kaki kanan aku terpijak sesuatu...bila aku tarik ke atas kaki kanan aku yang kecil tu dah termasuk dalam tin sardin. Aku cuba keluarkan tapi sakitnya teramat sangat. 




Abang Mat terpaksa naik ke darat dapatkan bantuan. Hari tu tak pasal-pasal aku dikejarkan ke hospital bersama2 tin sardin. Kaki aku terpaksa dijahit tak kurang dari 6 jahitan. Kebetulan mak pun berada dihospital kerana melahirkan arwah adik aswad....

Peristiwa 33 tahun yang lalu tu tak pernah aku lupakan sebab parutnya masih ada. Tapi, hakikatnya semua tu dah takdir...AKU TAK NAKAL, CUMA ADVENTUROUS JE!!!

2 comments:

  1. Shikin, hang lukislah gambar ikan tebuan yang belang hitam kuning tu...tak boleh nak cerita kat anak-anak sebab depa tak biasa tengok. Cari dalam internet pun tak dak. Ikan tebuan ni memang banyak kita dapat dan bawa balik. Dua tiga hari habis semua mati kembung sebab takdak oksigen.

    ReplyDelete
  2. nanti cek buat...tunggu!!!!..

    ReplyDelete