Wanita itu berkulit putih,
berambut hitam keperangan, tubuhnya kurus, berketinggian sederhana, tidak
tinggi dan tidak juga rendah. Wajah cengkungnya agak serius, pediam, sentiasa
berbaju kedah bila di rumah. Tangannya cekap melakukan kerja2 rumah.
Jarang sekali kulihat dia berehat atau tidur disiang hari. Itulah wajah
yang selalu aku ingat, sentiasa aku rindu, orang pertama yang aku cari sebaik sahaja bangun pagi……Dia.... ibuku yang ku panggil Mak…
Mak seorang yang sangat tabah. Sepanjang
hidupku, tidak pernah aku lihat dia menagis (aku mewarisi sikap ini) walaupun
hidup kami sekeluarga boleh dikategorikan susah. Mak seorang pelukis hebat. Dia
sering menang pertandingan melukis semasa di sekolah. Mak pernah cerita padaku betapa dia amat gembira bila lukisan menara jam New Yorknya menang tempat pertama dan terpampang di sekolah. Tapi sayangnya, bakat itu tak ke mana bila mak tak dibenarkan meneruskan pelajaran walaupun keputusan peperiksaannya amat baik. Emmm...Lumrah.. nasib wanita zaman tu. Walaupun kecewa, mak akur dengan keputusan atuk. Kata mak, atuk berulang kali mengatakan, sia2 saja belajar...adik2 perlu dijaga. Dari raut wajah mak semasa bercerita, aku tau mak amat kecewa dengan keputusan atuk. Tinggallah mak meneruskan hidup dengan terpaksa menjaga adik2 yang masih kecik dan membuat segala macam kerja rumah, menganyam tikar, memasak, menanam padi dan semuanya. Aku simpulkan, mak seorang yang bijak. Cuma nasib tak menyebelahinya. Mak satu2nya anak perempuan atuk yang mashih hidup, jadi semua kerja rumah di bebankan atas bahu mak.
Mak suka menyanyi2 kecil bila menjahit. Aku tak pernah mendengar dia meninggikan suara. Tangannya pun teramat jarang atau boleh dikatakan tidak pernah memukul kami adik beradik.Aku mewarisi hampir semua bakat dan sifat yang ada pada mak. Kecuali warna kulit dan raut wajah (sedihnya). Kulit aku yang agak gelap diwarisi dari bapaku yang berketurunan benggali.
Mak suka menyanyi2 kecil bila menjahit. Aku tak pernah mendengar dia meninggikan suara. Tangannya pun teramat jarang atau boleh dikatakan tidak pernah memukul kami adik beradik.Aku mewarisi hampir semua bakat dan sifat yang ada pada mak. Kecuali warna kulit dan raut wajah (sedihnya). Kulit aku yang agak gelap diwarisi dari bapaku yang berketurunan benggali.
Mak….moodnya susah dibaca.
Kadang-kadang pendiam dan kadang-kadang ceria. Dia seorang pendengar setia.
Masih aku ingat sewaktu kecil, dialah orang pertama yang ku ceritakan perihal
boyfriend pertamaku, seorang budak lelaki india, Balan namanya. Hehe...gatal jugak aku masa kecik ye…aku
memang suka lelaki berkulit gelap. Sambil bercerita sambil aku menyanyi2 penuh perasaan.
Cerita tentang boyfriend aku tu taklah best sangat. Mengarut…berulang2.
Tapi mak tetap mendengar dan melayan dengan penuh minat.
Mak sangat tegas bab2 kerja rumah.
Kami anak2 perempuan di ajar berdikari, memasak dan mengemas sejak sekolah
rendah. Bila waktu memasak tiba, rasa macam nak menangis bila mak suruh kami menggiling rempah untuk di
buat gulai. Masak pula terpaksa guna dapur kayu. Tak lama lepas tu barulah lega sikit bila bapak belikan dapur minyak tanah cap butterfly. Kurang sikit pedih mata bertarung dengan asap. Sejak kecik, kami di ajar mengupas kelapa
menggunakan parang dan memarut kelapa menggunakan kukur kelapa, mengangkut air
dari sungai kerana waktu kecil. Dahulu, rumahku memang tak ada bekalan air.
Letrik pun tak ada, terpaksa guna gasolen dan pelita…. Separuh dari rumahku juga berlantaikan tanah. Seksanya..... Dalam hati berbisik, aku
berazam tak mahu hidup susah bila besar nanti…..
Hanya di akhir tahun 80an, sedikit demi sedikit hidup mula berubah bila ekonomi keluarga makin baik. Kakak2 dan abang2 yang besar mula bekerja. Perniagaan bapak pun makin ok.
Masihku ingat, di suatu pagi
sewaktu menggoreng jemput2 pisang. Mak jatuh sakit. Mak terlantar agak lama.
Doktor cakap, mak jadi macam tu kerana bekerja terlalu kuat di waktu mudanya. Mana
taknya, Mak hanya betah berehat seminggu sahaja di katil, berpantang sebaik
sahaja bersalin. Mak terpaksa turun ke sungai mengangkut air, memasak dan bekerja
seperti biasa. Kesian Mak….Sebaik sahaja pulih dari sakit, mak tak boleh lagi
bekerja kuat seperti dulu. Sejak mak sakit, terpaksalah kami adik beradik memikul sebahagian
tugas mak.
Aku memang malas belajar di waktu
kecil. Celik ja mata, yang aku ingat nak pegi main kat sungai. Masuk hutan cari buluh pancing dan pelepah bemban untuk membina dangau. Tapi lepas mak sakit, sedikit demi sedikit, kesedaran untuk berubah mula timbul. Aku perlu ubah nasib keluarga
berganding bahu bersama ahli keluarga yang lain.
Berkat azam dan kesabaran yang tinggi, aku berjaya menamatkan SPM dengan cemerlang. Ketika aku melangkah ke alam Universiti, Mak lah orang pertama yang amat gembira selain arwah bapakku yang pada ketika itu telah hilang upaya akibat stroke. Bapak hanya mampu menagis keriangan tanpa mampu berkata2. Mak menggadai hampir sepertiga barang kemasnya untuk menghantarku ke UTM. Kasihan aku tengok mak yang pada waktu itu agak tertekan menjaga bapakku bersama2 kak Liza dan abang Nan. Sekurang2nya terbalas segala penat lelah membesarkan aku yang agak nakal. Maafkan aku mak sebab tak mampu tinggal di kampung. Nasib keluarga perlu di ubah. Mak perlu dibantu, hatinya perlu di bebaskan dari kesusahan.
Cabaran di universiti sangat
berat. Tapi, mak tak boleh tahu masaalah ku di sini. Mak tak perlu tahu yang aku
hanya makan sekali sehari. Dia tak perlu tahu yang aku terpaksa bekerja setiap
hujung minggu di sebuah firma arkitek, membuat kerja2 melukis kartun demi
menampung perbelanjaan pengajian senibina yang amat tinggi. Mak tak perlu tahu yang
aku terpaksa bermusafir dan tinggal bersendirian di studio FAB selama di
semester akhir pengajiaanku. Alhamdulillah sepanjang tinggal di studio, tiada
sebarang gangguan paranormal walaupun banyak cerita yang aku dengar.
Kesusahan sewaktu belajar tidak hanya terhenti di situ. Ketika menjalankan latihan praktikal selama 6 bulan. Aku terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sewa hampir sejam dari Damansara ke seksyen 17 setiap petang kerana kekurangan wang saku….Mak tak perlu tahu semua tu. Yang mak perlu tau, semuanya baik2 saja. Semuanya ku lakukan demi menjaga hati mak dan mengelakkan mak susah hati.
Kesusahan sewaktu belajar tidak hanya terhenti di situ. Ketika menjalankan latihan praktikal selama 6 bulan. Aku terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sewa hampir sejam dari Damansara ke seksyen 17 setiap petang kerana kekurangan wang saku….Mak tak perlu tahu semua tu. Yang mak perlu tau, semuanya baik2 saja. Semuanya ku lakukan demi menjaga hati mak dan mengelakkan mak susah hati.
Jasa dan pengorbanan mak
hanya terbalas bila aku mula bekerja. Aku tak boleh malas dan perlu terus pandang
kedepan. Aku perlu contohi sikap mak yang amat tabah dan tak pernah mengenal
erti putus asa. Mak berpesan agar jangan lupa sembahyang, jauhi sikap berhutang. Biar susah tapi jangan
menyusahkan orang, hiduplah dengan cara bersederhana dan jangan boros. Alhamdulillah, berkat doa Mak, kerjayaku berkembang positif.
Tanggal 26 Mei 2011, mak telah
pergi buat selamanya akibat denggi. Mak menderita cirit birit yang amat teruk hampir sebulan. Tetapi mak merahsiakan dari kami adik beradik yang jauh. Seminggu sebelum pemergian Mak, aku sempat menjaganya di hospital. Empat hari sebelum mak meninggal, kami sempat berbual2 perihal kisahku di masa kecil. Banyak yang diceritakan. Kami perbual sepanjang malam. Mak begitu bersemangat bercerita walaupun badannya kelihatan amat lemah. Aku amat terkilan kerana di akhir hayat mak,
sewaktu menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku tiada disisinya. Masaku
bersama mak amat terhad kerana jarak kampungku terlalu jauh…..
Perginya mak bersama separuh dari
jiwaku. Jiwa terasa kosong tanpa mak, insan yang amat aku hormati dan kasihi. Hilang sumber inspirasi hidup yang sentiasa mengerti jiwaku. Yang dapatku titipkan kini cuma doa buatmu…Alfatihah untuk arwah mak…..
Pesanku pada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ibu....sayangilah, hargailah dan jenguklah mereka selalu sementara mereka masih ada....
Pesanku pada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ibu....sayangilah, hargailah dan jenguklah mereka selalu sementara mereka masih ada....
Ckeennn...sedihhhh huhuhu rindu kt mak hanggg.....
ReplyDeleteHilang yg x berganti....huhuhu
Delete