Wednesday, 26 December 2012

Wayang Pacak

Minggu lepas semasa berkunjung ke rumah Kak Ani di Kajang, aku sempat berbual2 kosong tentang kenangan silam kami. Bersama Kak Ani aku mengimbau kisah menonton Wayang pacak pada hujung malam minggu.  Aku ingat lagi ... masa tu kami bercuti di rumah Kakak kedua kami, kak Pah yang pada masa tu tinggal di Jejawi, Perlis...Tahun 1983, Kak Ani berada di tingkatan 3 dan aku pulak Darjah 3.

Pada zaman tu, tak banyak hiburan yang kami dapat. Selain menonton TV Thailand yang pada masa tu memang 'advance'  berbanding TV Malaysia, kami biasanya ke pasar malam atau pun menonton wayang pacak.

Hujung minggu, biasanya hari sabtu, seawal 6 petang ramai penduduk taman perumahan di situ menuju ke padang bola. Bermacam-macam ragam yang datang, ada yang bawak tikar, bantal, mangkuk tingkat, buai dan macam-macam lagi. Peniaga pulak seawal pukul 5 petang dah memenuhi kawasan padang bola. Tepat pukul 7.00 petang, van dari Jabatan penerangan sampai dengan skrin kain atau kanvas putih besar. 

Jam 8 malam wayang pun bermula....cerita apa?  Standart lah zaman tu...kalau tak cerita hindustan, cerita melayu, banyak jugak cerita yang diorang tayangkan...Kalau tak salah filem Sumber Ilhamku  lakonan Sharifah Aini ngan Latiff ibrahim, Bila Hati Telah Retak...Rubiah suparman, Pasung Puaka, Anita Dunia Ajaib...


Aku taklah sangat nak tengok cerita yang ditayangkan tu, motif kami datang semata-mata nak berkumpul dengan rakan2 baru sambil main zero point atau pun batu seremban.

Tengah sedap2 nonton, tiba2 ja wayang di dihentikan kejap. Ohh..rupa2nya wayang pacak ni di buat semata2 nak umpan penduduk dengar taklimat dari Jabatan Penerangan . Yang aku ingat masa tu diorang bagi taklimat untuk cegah denggi.....

Aku dengar pun tak habis...panjang sangat....tiba2 ja gelap....Bila sedar aku dah kat rumah Kak Pah....sahlah tadi aku terlena masa diorang bagi ceramah....



Saturday, 3 November 2012

lintah..oh lintah...

Hujung minggu ni terasa free sikit. Kerja office pun tak mencanak sampai ke hujung minggu. cuma ada dua tiga projek lagi yang perlu aku selesaikan malam ni hingga esok. Anak-anak pun dah habis exam. Untuk minggu ni aku benarkan diorang melayari internet di i-pad dan komputer masing2. Malam ni sedang aku mencari imej untuk projek baru di internet...entah macamana muncul pulak gambar lintah...


Aku tersenyum sendirian...Teringat masa balik kampung  aidilfitri yang lalu. Anak dan suami ku cukup geli dengan lintah mahu pun pacat. Al maklum orang bandar. Kesian...


Aku punya kisah tersendiri dengan lintah....30 tahun yang lalu...

Sejak dari umur 6 tahun, aku memang suka habiskan masa di anak sungai sebelah rumah aku. Di situlah tempat aku bermain bersama kawan2, abang mat dan sepupu aku suwahir. Boleh dikatakan setiap hari kami mandi sungai. Sekurang2nya 1 jam sehari. Kalau hujung minggu mau 2-3 jam mandi. Disitulah juga aku mengasah skill berenang dan menyelam.


Setiap kali sebelum terjun ke dalam sungai. Aku akan tengok dulu permukaan air sampai lah ke gigi air. Kena pastikan sungai bebas dari sebarang binatang merbahaya. Setelah keadaan dipastikan selamat, kami memulakan penerjunan dengan gaya masing2.


Yang ditakuti Ular katam tebu dan juga lintah. Kalau ular tu jarang kami jumpa, tapi lintah....emmm memang tak boleh dijangka. Tau2 dah ada kat badan.


Dalam seminggu pasti 2-3 kali aku terserempak dengan lintah. Selalunya kalau terjumpa aku tangkap dan baling ke tepi tebing dengan harapan dia takkan datang lagi. Tapi aku terlupa yang  sungai bukannya habitat untuk seekor lintah. Aku terlupakan anak, atuk, nenek atau bapak lintah yang selalunya meyelam dari dalam sungai.....


Biasanya setiap setengah jam aku perlu naik ke darat memeriksa badan....lagi2 kalau terasa menyucuk2 di bahagian tertentu badan.


Tempat pertama yang akan aku periksa ialah pusat. Biasanya di sinilah tempat kesukaan  lintah.


Naik sahaja ke tebing sungai, segera aku bersembunyi di celah2 semak untuk memeriksa badan. Ya! dah dapat...memang aku dah agak, memang dia suka gigit kat pusat. Sangat susah nak menanggalkan lintah dari pusat. Dengan keadaan badannya yang licin, aku memerlukan device lain samada pisau, abu pokok atau garam. Setiap lintah yang dapat ku tangkap akan menerima balasannya.


Tanpa sempat dibicarakan, lintah2 tersebut akan terima hukuman yang sangat kejam dari aku. Badan lintah tu aku reganggkan dan akan ku pakukan pada perdu kelapa.


Lintah tersebut aku biarkan sampai kering lebih kurang seminggu lamanya. Lepas seminggu, aku sibuk menyediakan layang-layang yang diperbuat dari kertas minyak (warna coklat belang2). 


Selesai membuat layang-layang, lintah kering tersebut aku ikat pada tali layang2 dan tulang tengah layang2 tersebut.

Lepas tu dengan riangnya aku berlari menuju ke sawah di seberang jalan untuk bermain layang2 lintah tersebut.  



Aku tak tahu dari mana aku dapat idea tersebut (meletakkan lintah di layang2) tapi bunyi layang2 yang diikatkan lintah memang nyaring bila bergesel dengan angin...... Kalau nak tahu macamana bunyinya...cubalah sendiri!



Wednesday, 17 October 2012

KARTUN LAMA

Semalam...sedang aku mengemas barang-barang di stor, terjumpa koleksi kartun yang aku lukis masa bujang dulu. Kalau tak salah tahun 1993....lama tu....Kalau tak salah aku lukis masa dalam dewan kuliah subject yang aku tak minat.....

Untuk tatapan mereka yang senasib denganku...







Sunday, 26 August 2012

CATATAN RAYA 2012

Sabtu, 18 Ogos 2012

Kami bertolak ke Penang dari negeri Sembilan lebih kurang pukul 2 petang. Ingatkan nak awal sikit. Tapi, nak siapkan budak2 ja dah dua tiga jam. Anak2 aku pulak asal nak kejut pagi ja penuh drama...layan ja lah..

Sebelum balik, kami siap2 beli lemang untuk dibawa pulang. Biasanya aku tak pernah bawak balik rendang, lemang atau ketupat. Tapi, tahun ni aku terpaksa juga beli, sebab bibi tak buat apa2 persiapan raya. Yang ada cuma kuih raya yang kak liza beli. Yang lain wallahualam....

Tahun ni pun aku tak tahu siapa yang balik beraya kat kampung....dalam hati terfikir juga, entah2 aku aja yang balik kot. Boringnya...

Tepat pukul 11 malam barulah kami sampai di kampung. Seperti yang aku jangkakan, memang tak ada siapa pun yang balik malam tu. Hanya bibi dan bunyi cengkerik yang setia menanti. Kak Ani awal2 lagi dah sms yang dia beraya di Perak. Kalau balik pun dia tidur di rumah Bang Nan. Kak liza pulak awal2 lagi terpaksa bertolak ke rumah mertua dia di Kuala Kangsar. Sayunya rasa hati.....



Sejak mak aku meninggal dunia setahun yang lalu, hari raya tak lagi meriah. Biasanya malam raya mak aku dah sibuk merebus ketupat, mengacau rendang...atau pun buat kuih raya. Anak2 aku pun bingung..mati kutu. Masih aku ingat waktu kecik dulu, setiap kali tiba malam raya akulah orang pertama yang berada di muka pintu menunggu kepulangan kakak dan abang. Masa tu aku rasa teramat bertuah dilahirkan dalam keluarga yang besar (11 orang adik beradik). Sambil mendengar lagu raya nyanyian Sharifah Aini, Saloma atau Uji Rashid, kami bergotong royong memasang langsir,gantung kad raya pada pokok ranting atau pun main mercun. Kakak2 aku yang belum berkahwin masa tu sibuk memasak didapur. Happening sungguh! 


Tapi kini, kemeriahan tu tiada lagi.....Betullah orang cakap. Kemeriahan hari raya cuma teramat dirasai semasa kecil dan di hari tua sahaja...Di usia seperti aku, hari raya memang membosankan....lebih2 lagi mak dan ayah dah tak ada lagi.....boring....boring.....boring....

Sedang aku melayan kebosanan...tiba2 ...ASSALAMMUALAIKUM!!!   abang khairudin dan keluarga balik....barulah terubat sikit kebosanan....

Ahad, 19 Ogos 2012

7.30 pagi, Suami aku, Abang khairudin dgn keluarga dia bersiap2 nak ke masjid menunaikan solat hari raya. Tinggallah aku di rumah bersama anak2. Sambil memanaskan rendang yang aku beli semalam, tak dapat aku bendung rasa bosan dalam hati. Dulu, waktu2 macam nilah mak sibuk mengejutkan kami bangun tidur sambil memanaskan rendang kat dapur. Tapi, Aku dan bibi macam biasa, liat nak bangun. Sembahyang raya jauh sekali...Yang kami tahu bangun, mandi, lepas tu terus mengadap makanan. Tengahari sikit dah lesap....pergi beraya. Selagi tak maghrib tak balik2.

Jam 9 pagi, bila diorang dah balik dari Masjid, kami bergegas ke Lahar  Yooi untuk melawat kubur mak, ayah dan kaum keluarga kami yang lain. Sambil mensedekahkan alfatihah dan berdoa, hati terasa sayu teringatkan arwah mak.

Tak lama lepas tu kami semua beredar bila matahari dah tinggi. Sedang kami berjalan meninggalkan tanah perkuburan, aku lihat bibi masih lagi di kubur mak. Sambil menagis teresak2 dan memegang nesan, dia memanggil nama mak. Dapat aku rasakan perasaan adik bibi aku ketika itu. Betapa bibi, adik aku yang agak ' istimewa' amat terasa kehilangan mak, tempat bergantung dan teman berbual dia selama ini.



Selepas memujuk bibi agar cepat beredar dari kubur, kami terus bergerak kerumah saudara mara kami yang masih tinggal di Lahar Yooi, Pak long, Pak njang dan Pak Teh Din.




Lewat petang, bila dah kembung dan pening makan lemang, Dengan lesunya, kami semua balik ke rumah. Penat sungguh...Maklumlah badan dah tua. Lepas Insyak, terbongkanglah kami sampai ke subuh...

Isnin, 20 Ogos 

Abang Khairudin dah bersiap2 nak balik Ipoh. Maksudnya lepas ni tinggallah aku sekeluarga kebosanan lagi... Kak Ani yang ditunggu2 tak jugak sampai. Tiba2 dapat pulak sms dari Kak Yah suruh datang beraya di rumah dia. Okey jugak, sekurang2nya terisi jugak jadual beraya. Tiba di rumah kak Yah, macam biasa, ramai tetamu. Dalam ramai2 tetamu tu aku terpandang seorang lelaki muda yang macam aku kenal. Biasanya aku tengok dia dalam TV. Macamana pulak boleh ada kat sini???

Oh...tak salah lagi... ustaz Don....Barulah terasa ceria bila tengok ustaz idola keluarga kami berada kat depan mata...Suami aku dan anak sulung aku Haifa yang paling excited. siap mintak autograph lagi. Rupa2nya ustaz Don rakan sekolah/sekampung Angah, anak kak Yah. Kata Angah, Ustaz Don kesitu nak menjemput dia ke Majlis perkahwinannya hujung minggu tu.





Balik dari rumah kak Yah, aku kerumah Ida dan kak Pah. Lepas tu bosan lagi.....sebab dah bosan sangat terus call Hikmah dan Shahrawani. Alamak, dua2 orang tak free pulak. Maklumlah kampung kat situ ja. Mak ayah pun masih ada. Tentulah nak beraya dengan mak ayah. At last call Harlina, kawan lama aku....


Nasib baiklah Harlina sanggup tunda beraya kat rumah saudara dia. Kalau tidak mati kutu lagilah aku kat rumah....Petang tu aku ke rumah Hamidah (tauke Pusat Kecantikan) dan Harizal (tauke Langsir). Lepas beraya kat rumah diorang, kami terus ke rumah Harlina. 

Di rumah Harlina, aku makin ceria bila ramai lagi kawan2 sekolah datang. Dah beranak pinak dah semua... Lepas kami kerumah Faezah yang kebetulan buat open house, anak2 kami dah mula bosan dan buat perangai. Mulalah tak boleh tersentuh sikit dah mengaruk....

At last Azimah dan Masri kawan aku plan untuk buat reunion malam Khamis....BESTNYA!!! Terasa raya semakin ceria!!!

Tiba hari yang dinanti2kan kami semua (lebih kurang 20-25 orang) berkumpul di kedai makan. Kali ni aku tak bawak anak2 aku. Takut tak lawas nak bersembang. Terasa cukup berbangga dengan perkembangan kerjaya dan hidup kawan2 aku. Terasa kelakar pun ada bila tengok kawan2 yang kembang,berdagu, botak (kepala makan bantal bak kata azimah)....tak kurang jugak yang tetap slim. Malam tu kami bergossip kisah lama sampai  pagi......On the way balik punyalah takut...teringat Azmi kawan aku cerita pasal pocong yang Wan jumpa masa bercamping dulu2. Terasa macam ada pocong ja dalam kereta....

                                                    (Terlupa pulak nak lukis komeng ngan ben...)

Jumaat, 24 Ogos 2012

Laa..dah nak balik JB dah pulak...baru ja nak rasa seronok, dah kena balik JB.  Malasnya.....tapi mengenangkan dah banyak terlepas episod drama Korea balik lah jugak....Sampai ja kat rumah lebih kurang pukul 8 malam, kami terus bukak TV. Lepas tu terus bukak FB...Amboi...cepatnya kawan2 aku upload gambar...

Walau apapun....raya kali ini yang di jangkakan paling bosan dalam sejarah hidup aku, tetap the best. Cuma balik JB dan mula bekerja semula ja yang tak best!



Friday, 10 August 2012

Ckeen: RAYA...RAYA ...RAYA...

Ckeen: RAYA...RAYA ...RAYA...: 9 hari lagi umat Islam dah nak menyambut hari raya. 9 hari ni jugalah saat2 yan paling aku benci...kerja berlambak2 kat atas meja ofis. Dah...

RAYA...RAYA ...RAYA...

9 hari lagi umat Islam dah nak menyambut hari raya. 9 hari ni jugalah saat2 yan paling aku benci...kerja berlambak2 kat atas meja ofis. Dah dua kali jumaat terpaksa fly to K.L nak kejarkan approval untuk projek2 baru. Letih sungguh...Masa ni jugalah construction dah on dekat site...maknanya bulan puasa terpaksa turun site ....benci....!!! 
Bukan apa, setiap kali turun site aku akan lalu sebelah rumah kotai pekerja indonesia dan ternampak diorang dok syok makan...sabar jelah....tapi tergugat juga iman...

Alhamdullillah, staff2 kat ofis semuanya superwoman (thanks gals). Boleh bahagi2 beban sorang sikit. Tapi tak tahan bila dapat kontraktor2 yang sengal & susah nak handle...ni yang buat aku angin satu badan.


Balik rumah penatnya bukan main lagi...mengalahkan Pandalela yang bertarung kat olimpik ....
Lepas mandi dan berbuka, tidur kejap....bangun lebih kurang pukul 10 malam...bukak you tube...layan lagu We are Young (FUN) lagi best !....
Emmm...best jugak lagu ni...melodi dia macam 80's punya lagu...sikit2 macam American pie pun ada... 

Emmm..free sikit nie...nak sambung lukislah......

Masih aku teringat 2 minggu terakhir sebelum menyambut Aidil Fitri....Masa ni puasa dah penuh...dah tak puasa Yang Yok lagi....

Dua minggu terakhir puasa paling sibuk. Ayah & abang2 aku, masa nilah rajin ke surau tarawih, semuanya demi mengejar pahala puasa dan lailatul qadar. Lain pulak dengan kaum wanita, masa nilah sibuk buat kuih, & baju raya. Arwah mak dah siap2 bahagikan tugas. Kebetulan kak yati aku baru ja habis belajar menjahit kat kedai jahit A Ee. Jadinya kak yati dah ambik tender buat baju satu keluarga. Kak Ani pulak, Arwah mak suruh jadi kepala chef untuk buat kuih raya. Aku dan kak liza jadi pembantu ja.


Teringat baju raya pertama yang kak yati jahitkan. Kain dia beli sepapan untuk satu keluarga. Kalau tak salah kain uji rashid kot nama dia.Kasut raya pulak aku tak ingat beli kat mana. pekan Tasek Gelugor ke kat pekan Bukit Mertajam...tak ingat sangat. Tapi memang best la dapat set baju raya & kasut raya baru. Seminggu jugak tidur dengan baju baru. 


Kat sekolah, aku dengan kawan2 dah siap plan program untuk hari raya. Biasanya kami berkumpul kat bawah pokok besar angsana, sambil main zero point, kami mula plan dan atur rumah nak pergi raya.


Hari Sabtu dan Ahad, kak ani dan arwah mak tak kasi aku main kat sungai macam biasa. Sebabnya aku dan kak liza kena tolong dia buat bahulu, samprit, putu kacang dan putu beras. Dulu bukan macam sekarang, nak kuih main tunjuk2 je kat kedai. Dulu semuanya kena buat sendiri. Kalau senang tak apalah jugak. Aku memang benci buat kuih ni....tak suka...


Kalau buat putu kacang atau putu beras, paling aku tak suka. Sakit ibu jari nak tekan kuih tu. 


Dulu kuih standard je. Setiap rumah mesti ada kuih-kuih kat bawah ni. Lemang pulak, semua rumah sama ja rasa dia. sebabnya tak jauh dari rumah aku aku ada tokey lemang...Apa ke nama dia ...aku tak ingat....emmm..sehari sebelum raya ramai orang beratur nak beli lemang kat rumah dia. Tapi tak ada masalah, sebabnya mak aku dah order seminggu awal.


Malam hari raya, macam biasa sibuk rebus ketupat pulut. Aku paling suka ketupat yang arwah tok hatiah aku buat. Sebabnya, dalam dia ada inti kacang putih. Aku sanggup tak makan ketupat kat rumah. Tunggu sampai pergi raya kat rumah tok hatiah. Lemang pulak aku tak suka. Sebabnya aku suka bahagian atas yang  banyak lemak. Tapi tak pernah dapat. sebabnya kak ani dah cop dulu.

Kat TV, lebih kurang pukul 8 malam, penyimpan mohor2 besar dah umumkan tarikh hari raya. Suspen sungguh. Tapi dah boleh agak dah bila nak raya. Biasanya, keputusannya mengecewakan. Mesti tak raya punya. Terpaksalah puasa satu hari lagi...uhukkk

Malam raya, semua sibuk mengemas rumah. Yang penting kat depan rumah mesti ada pokok ranting untuk gantung kad raya. Sekarang ni mana ada lagi orang buat pokok ranting. Kad raya pun susah nak dapat. Malam raya kena tidur awal. sebabnya esok pagi dah ada program dengan kawan-kawan.

Pagi Raya....
Aku jarang bangun awal pagi. paling awal pun pukul 8. Lepas siap mandi sunat hari raya dan pakai baju raya, tengok TV dulu. setiap kali raya, RTM (TV3 belum ada lagi. ada 2 channel je) ada program RASA SAYANG; budak2 buat performance lagu raya. Layan dulu sambil tunggu kawan datang. Di sebabkan rumah aku betul2 kat simpang. Semua kawan2 aku akan mula beraya kat rumah aku sebelum naik ke kampung lain. 



Tak kiralah rumah siapa, kenal ke tak...redah ja...



Rumah atok2, ibu tunggal pun pegi jugak. Cuma rumah Arwah Mat Pak Hitam je tak berani nak pergi. sebab takut dengan monyet dia.


Satu rumah dapat la 10 sen. paling banyak pun 20 sen. 50 sen tak mungkin.


Kat Penang tak sama dengan kat Johor ni. Raya sampai sebulan. Paling kuat pun kami beraya 3 hari je.
Makanya..3 harilah kami meredah rumah orang untuk beraya. Lepas 3 hari, raya dah makin suram. Masa ni time yang sesuai kira duit raya.


Kira punya kira...hasil beraya 3 hari cuma dapat sepuluh ringgit je...Nasib baiklah abang aku yang besar2 bagi duit raya jugak. Kalau tak, tak dapat la nak beli mercun. 

Budak2 sekarang bertuah. Ikut mak bapak beraya je confirm 3-4 ratus dalam tangan. tak payah susah2 macam dulu....

Zaman dah banyak berubah kan....

Saturday, 28 July 2012

Ckeen: AKU TAK NAKAL...

Ckeen: AKU TAK NAKAL...: Sabtu, 28 Julai 2012, Hari ini genap seminggu berpuasa. Nak masak untuk berbuka pun awal lagi. Tengok TV pun boring. Kebetulan ASTRO te...

AKU TAK NAKAL...

Sabtu, 28 Julai 2012,

Hari ini genap seminggu berpuasa. Nak masak untuk berbuka pun awal lagi. Tengok TV pun boring. Kebetulan ASTRO tengah ada promosi channel indopek percuma. Apalagi suami aku melekat kat sofa depan TV. Lagi tak azan zohor, tak stop tengok TV. Haifa, Hannah dan Caca kat bilik air dah sejam pun tak keluar2 jugak. Dah 3-4 kali aku jerit suruh keluar tak jugak nak keluar. Lepas dah biru mulut kesejukkan barulah diorang keluar.

Panas cuaca hari ni sampai sakit kepala. Dah bosan sangat dan sebab nak sejuk sikit...aku  dan suami ajak anak2 pergi JASCO main kat playground....


Sampai di playground anak-anak aku terus serbu dan main sampai tak ingat dunia. Oleh kerana aku jarang bawak anak2 main kat playground disebabkan kesuntukan waktu, anak2 aku ter'over' la pulak. Main tak macam budak2 lain. Aku pulak naik takut tengok...

Dalam 1/2 jam main..aku dah tak tahan tengok betapa 'aggresive'nya diorang bermain. Macam playground tu mak bapak diorang punya. Dah geram sangat, aku ajak diorang balik je....



Sampai kat rumah, Masing-masin tunjuk perasaan sebab tak puas main kat playground tadi. Aku tak habis2 lecture anak2 aku pasal etika bermain di playround tadi...Suami aku cool je...tapi tiba2 je dia cakap anak anak aku ikut perangai aku masa kecik. Aku terdiam....Mana ada aku nakal masa kecik... 



Mana aku nakal masa kecik. Aku cuma 'adventurous' je....Satu lagi sebab, dulu mana banyak pilihan untuk bermain. apa yang ada keliling rumah, itulah sumber untuk bermain. Macam kat rumah aku, yang ada cuma sungai dan hutan belakang rumah....Kalau tak main pondok2, aku masuk hutan atau ke sungai.

Tahun 1980...
Pagi...celik mata je, abang mat ajak turun sungai. Disebabkan membesar di tepi sungai kami tahu bila air pasang dan surut. Biasanya kami turun ke sungai waktu air cetek dan balik tengahari sikit, bila air tengah naik. Abang mat, sebelum masuk sekolah tadika dan kenal dengan kawan2 dia, mat merah, aziz, mat jet, mat khir, bidin dan kawan2 tadika dia yang lain, aku dan anak abang leh sajalah kawan dia. Sebabnya kawasan rumah kami tak ramai jiran. 


Apa pun turun ke sungai memang best! Banyak dapat anak ikan...dalam tin susu atau tin sardin. Kalau dalam tin milo lagi besar ikannya. Kalau tak ada ikan pun, banyak siput ..boleh bawak balik rumah.

Suatu hari, air agak keruh, aku dan bang Mat menyusuri sungai di belakang kedai Pah Lah, Di satu tempat, aku nampak banyak tin susu...tiba2 kaki kanan aku terpijak sesuatu...bila aku tarik ke atas kaki kanan aku yang kecil tu dah termasuk dalam tin sardin. Aku cuba keluarkan tapi sakitnya teramat sangat. 




Abang Mat terpaksa naik ke darat dapatkan bantuan. Hari tu tak pasal-pasal aku dikejarkan ke hospital bersama2 tin sardin. Kaki aku terpaksa dijahit tak kurang dari 6 jahitan. Kebetulan mak pun berada dihospital kerana melahirkan arwah adik aswad....

Peristiwa 33 tahun yang lalu tu tak pernah aku lupakan sebab parutnya masih ada. Tapi, hakikatnya semua tu dah takdir...AKU TAK NAKAL, CUMA ADVENTUROUS JE!!!

Friday, 27 July 2012

BANJIR

Dah lama aku peram lukisan nie...daripada banjir bulan jun hari tu sampai la sekarang...baru nak post kat blog. Kira macam dah basi jugak la...sketch ni aku lukis sepanjang bulan jun hari tu...makin dekat nak raya ni semakin kuat ingatan pada kampung...dan kenangan bersama arwah mak dan ayah....


Jun 2012...
Hujan kat luar turun mencurah-curah tak berhenti dari malam, bawa hingga ke pagi...kain kat dapur bertimbun-timbun belum. Ruang tamu dah jadi ampai...harap2 takde sapa2 yang datang...Anak-anak aku pun mati kutu, tak tau nak buat apa...nak buka TV, guruh berdetum...at last bergaduh sesama-sendiri. dah puas bergaduh...terlena kat depan tv....Sunyi sepi...

Aku telefon bibi kampung, tanya keadaan kampung...hujan katanya...lebat sangat, tapi tak banjir macam selalu. Habis borak....letak telefon..bosan lagi...

Semua dah tidur, aku pulak yang mati kutu....Aku terus ke dapur , masak air. Buat teh panas best nie...

Sambil pekena secawan teh panas, teringat kenangan banjir di kampung 31 tahun yang lalu....aku capai sebatang pensil dan mula melukis apa yang terlintas di fikiran.....