Friday, 10 August 2012

RAYA...RAYA ...RAYA...

9 hari lagi umat Islam dah nak menyambut hari raya. 9 hari ni jugalah saat2 yan paling aku benci...kerja berlambak2 kat atas meja ofis. Dah dua kali jumaat terpaksa fly to K.L nak kejarkan approval untuk projek2 baru. Letih sungguh...Masa ni jugalah construction dah on dekat site...maknanya bulan puasa terpaksa turun site ....benci....!!! 
Bukan apa, setiap kali turun site aku akan lalu sebelah rumah kotai pekerja indonesia dan ternampak diorang dok syok makan...sabar jelah....tapi tergugat juga iman...

Alhamdullillah, staff2 kat ofis semuanya superwoman (thanks gals). Boleh bahagi2 beban sorang sikit. Tapi tak tahan bila dapat kontraktor2 yang sengal & susah nak handle...ni yang buat aku angin satu badan.


Balik rumah penatnya bukan main lagi...mengalahkan Pandalela yang bertarung kat olimpik ....
Lepas mandi dan berbuka, tidur kejap....bangun lebih kurang pukul 10 malam...bukak you tube...layan lagu We are Young (FUN) lagi best !....
Emmm...best jugak lagu ni...melodi dia macam 80's punya lagu...sikit2 macam American pie pun ada... 

Emmm..free sikit nie...nak sambung lukislah......

Masih aku teringat 2 minggu terakhir sebelum menyambut Aidil Fitri....Masa ni puasa dah penuh...dah tak puasa Yang Yok lagi....

Dua minggu terakhir puasa paling sibuk. Ayah & abang2 aku, masa nilah rajin ke surau tarawih, semuanya demi mengejar pahala puasa dan lailatul qadar. Lain pulak dengan kaum wanita, masa nilah sibuk buat kuih, & baju raya. Arwah mak dah siap2 bahagikan tugas. Kebetulan kak yati aku baru ja habis belajar menjahit kat kedai jahit A Ee. Jadinya kak yati dah ambik tender buat baju satu keluarga. Kak Ani pulak, Arwah mak suruh jadi kepala chef untuk buat kuih raya. Aku dan kak liza jadi pembantu ja.


Teringat baju raya pertama yang kak yati jahitkan. Kain dia beli sepapan untuk satu keluarga. Kalau tak salah kain uji rashid kot nama dia.Kasut raya pulak aku tak ingat beli kat mana. pekan Tasek Gelugor ke kat pekan Bukit Mertajam...tak ingat sangat. Tapi memang best la dapat set baju raya & kasut raya baru. Seminggu jugak tidur dengan baju baru. 


Kat sekolah, aku dengan kawan2 dah siap plan program untuk hari raya. Biasanya kami berkumpul kat bawah pokok besar angsana, sambil main zero point, kami mula plan dan atur rumah nak pergi raya.


Hari Sabtu dan Ahad, kak ani dan arwah mak tak kasi aku main kat sungai macam biasa. Sebabnya aku dan kak liza kena tolong dia buat bahulu, samprit, putu kacang dan putu beras. Dulu bukan macam sekarang, nak kuih main tunjuk2 je kat kedai. Dulu semuanya kena buat sendiri. Kalau senang tak apalah jugak. Aku memang benci buat kuih ni....tak suka...


Kalau buat putu kacang atau putu beras, paling aku tak suka. Sakit ibu jari nak tekan kuih tu. 


Dulu kuih standard je. Setiap rumah mesti ada kuih-kuih kat bawah ni. Lemang pulak, semua rumah sama ja rasa dia. sebabnya tak jauh dari rumah aku aku ada tokey lemang...Apa ke nama dia ...aku tak ingat....emmm..sehari sebelum raya ramai orang beratur nak beli lemang kat rumah dia. Tapi tak ada masalah, sebabnya mak aku dah order seminggu awal.


Malam hari raya, macam biasa sibuk rebus ketupat pulut. Aku paling suka ketupat yang arwah tok hatiah aku buat. Sebabnya, dalam dia ada inti kacang putih. Aku sanggup tak makan ketupat kat rumah. Tunggu sampai pergi raya kat rumah tok hatiah. Lemang pulak aku tak suka. Sebabnya aku suka bahagian atas yang  banyak lemak. Tapi tak pernah dapat. sebabnya kak ani dah cop dulu.

Kat TV, lebih kurang pukul 8 malam, penyimpan mohor2 besar dah umumkan tarikh hari raya. Suspen sungguh. Tapi dah boleh agak dah bila nak raya. Biasanya, keputusannya mengecewakan. Mesti tak raya punya. Terpaksalah puasa satu hari lagi...uhukkk

Malam raya, semua sibuk mengemas rumah. Yang penting kat depan rumah mesti ada pokok ranting untuk gantung kad raya. Sekarang ni mana ada lagi orang buat pokok ranting. Kad raya pun susah nak dapat. Malam raya kena tidur awal. sebabnya esok pagi dah ada program dengan kawan-kawan.

Pagi Raya....
Aku jarang bangun awal pagi. paling awal pun pukul 8. Lepas siap mandi sunat hari raya dan pakai baju raya, tengok TV dulu. setiap kali raya, RTM (TV3 belum ada lagi. ada 2 channel je) ada program RASA SAYANG; budak2 buat performance lagu raya. Layan dulu sambil tunggu kawan datang. Di sebabkan rumah aku betul2 kat simpang. Semua kawan2 aku akan mula beraya kat rumah aku sebelum naik ke kampung lain. 



Tak kiralah rumah siapa, kenal ke tak...redah ja...



Rumah atok2, ibu tunggal pun pegi jugak. Cuma rumah Arwah Mat Pak Hitam je tak berani nak pergi. sebab takut dengan monyet dia.


Satu rumah dapat la 10 sen. paling banyak pun 20 sen. 50 sen tak mungkin.


Kat Penang tak sama dengan kat Johor ni. Raya sampai sebulan. Paling kuat pun kami beraya 3 hari je.
Makanya..3 harilah kami meredah rumah orang untuk beraya. Lepas 3 hari, raya dah makin suram. Masa ni time yang sesuai kira duit raya.


Kira punya kira...hasil beraya 3 hari cuma dapat sepuluh ringgit je...Nasib baiklah abang aku yang besar2 bagi duit raya jugak. Kalau tak, tak dapat la nak beli mercun. 

Budak2 sekarang bertuah. Ikut mak bapak beraya je confirm 3-4 ratus dalam tangan. tak payah susah2 macam dulu....

Zaman dah banyak berubah kan....

4 comments:

  1. Ingat lagi x biskut love yang celup coklat separuh tu....hee..hee..

    ReplyDelete
  2. hehe..aku yg debab...tapi cun gak..mcm ku kenal contractor itu..siap dpt award lagi...hey susah gak layan contractor bnyk lakonan nih..,wah..for raya..masa kecik..mmg feel habis..siap dok testing baju n kasut baru walaupun seminggu lagi nak raya..part announcement mmg the best...kesian ngan mak..dok full swing siapkan juadah raya..ingat lg teman mak..sampai 4 pagi..penat sungguh..overall..best Kck..bole wat iklan petronas nih...hehe

    ReplyDelete
  3. Main zero point tu idea veen tu masa kita borak2 kat opis...he..he..

    ReplyDelete