it's all about my childhood memories....... Ckeen yasin. mula aktif melukis lepas tamat spm. merantau ke k.l menjadi book illustrator dan kartunis di majalah2 komik tempatan. Semakin kurang melukis setelah berjaya mengejar cita2 menjadi seorang arkitek. Kini minat di teruskan dengan menjadi indie kartunis....ha3
Saturday, 28 July 2012
Ckeen: AKU TAK NAKAL...
Ckeen: AKU TAK NAKAL...: Sabtu, 28 Julai 2012, Hari ini genap seminggu berpuasa. Nak masak untuk berbuka pun awal lagi. Tengok TV pun boring. Kebetulan ASTRO te...
AKU TAK NAKAL...
Sabtu, 28 Julai 2012,
Hari ini genap seminggu berpuasa. Nak masak untuk berbuka pun awal lagi. Tengok TV pun boring. Kebetulan ASTRO tengah ada promosi channel indopek percuma. Apalagi suami aku melekat kat sofa depan TV. Lagi tak azan zohor, tak stop tengok TV. Haifa, Hannah dan Caca kat bilik air dah sejam pun tak keluar2 jugak. Dah 3-4 kali aku jerit suruh keluar tak jugak nak keluar. Lepas dah biru mulut kesejukkan barulah diorang keluar.
Panas cuaca hari ni sampai sakit kepala. Dah bosan sangat dan sebab nak sejuk sikit...aku dan suami ajak anak2 pergi JASCO main kat playground....
Sampai di playground anak-anak aku terus serbu dan main sampai tak ingat dunia. Oleh kerana aku jarang bawak anak2 main kat playground disebabkan kesuntukan waktu, anak2 aku ter'over' la pulak. Main tak macam budak2 lain. Aku pulak naik takut tengok...
Dalam 1/2 jam main..aku dah tak tahan tengok betapa 'aggresive'nya diorang bermain. Macam playground tu mak bapak diorang punya. Dah geram sangat, aku ajak diorang balik je....
Sampai kat rumah, Masing-masin tunjuk perasaan sebab tak puas main kat playground tadi. Aku tak habis2 lecture anak2 aku pasal etika bermain di playround tadi...Suami aku cool je...tapi tiba2 je dia cakap anak anak aku ikut perangai aku masa kecik. Aku terdiam....Mana ada aku nakal masa kecik...
Mana aku nakal masa kecik. Aku cuma 'adventurous' je....Satu lagi sebab, dulu mana banyak pilihan untuk bermain. apa yang ada keliling rumah, itulah sumber untuk bermain. Macam kat rumah aku, yang ada cuma sungai dan hutan belakang rumah....Kalau tak main pondok2, aku masuk hutan atau ke sungai.
Tahun 1980...
Pagi...celik mata je, abang mat ajak turun sungai. Disebabkan membesar di tepi sungai kami tahu bila air pasang dan surut. Biasanya kami turun ke sungai waktu air cetek dan balik tengahari sikit, bila air tengah naik. Abang mat, sebelum masuk sekolah tadika dan kenal dengan kawan2 dia, mat merah, aziz, mat jet, mat khir, bidin dan kawan2 tadika dia yang lain, aku dan anak abang leh sajalah kawan dia. Sebabnya kawasan rumah kami tak ramai jiran.
Apa pun turun ke sungai memang best! Banyak dapat anak ikan...dalam tin susu atau tin sardin. Kalau dalam tin milo lagi besar ikannya. Kalau tak ada ikan pun, banyak siput ..boleh bawak balik rumah.
Suatu hari, air agak keruh, aku dan bang Mat menyusuri sungai di belakang kedai Pah Lah, Di satu tempat, aku nampak banyak tin susu...tiba2 kaki kanan aku terpijak sesuatu...bila aku tarik ke atas kaki kanan aku yang kecil tu dah termasuk dalam tin sardin. Aku cuba keluarkan tapi sakitnya teramat sangat.
Abang Mat terpaksa naik ke darat dapatkan bantuan. Hari tu tak pasal-pasal aku dikejarkan ke hospital bersama2 tin sardin. Kaki aku terpaksa dijahit tak kurang dari 6 jahitan. Kebetulan mak pun berada dihospital kerana melahirkan arwah adik aswad....
Peristiwa 33 tahun yang lalu tu tak pernah aku lupakan sebab parutnya masih ada. Tapi, hakikatnya semua tu dah takdir...AKU TAK NAKAL, CUMA ADVENTUROUS JE!!!
Friday, 27 July 2012
BANJIR
Dah lama aku peram lukisan nie...daripada banjir bulan jun hari tu sampai la sekarang...baru nak post kat blog. Kira macam dah basi jugak la...sketch ni aku lukis sepanjang bulan jun hari tu...makin dekat nak raya ni semakin kuat ingatan pada kampung...dan kenangan bersama arwah mak dan ayah....
Jun 2012...
Hujan kat luar turun mencurah-curah tak berhenti dari malam, bawa hingga ke pagi...kain kat dapur bertimbun-timbun belum. Ruang tamu dah jadi ampai...harap2 takde sapa2 yang datang...Anak-anak aku pun mati kutu, tak tau nak buat apa...nak buka TV, guruh berdetum...at last bergaduh sesama-sendiri. dah puas bergaduh...terlena kat depan tv....Sunyi sepi...
Aku telefon bibi kampung, tanya keadaan kampung...hujan katanya...lebat sangat, tapi tak banjir macam selalu. Habis borak....letak telefon..bosan lagi...
Semua dah tidur, aku pulak yang mati kutu....Aku terus ke dapur , masak air. Buat teh panas best nie...
Sambil pekena secawan teh panas, teringat kenangan banjir di kampung 31 tahun yang lalu....aku capai sebatang pensil dan mula melukis apa yang terlintas di fikiran.....

PUASA 3
Berpuasa di kampung tersangatlah meriah...setiap kali tiba bulan puasa mak akan sediakan setalam makanan untuk di hantar ke surau. Biasanya seri muka, tepung talam atau paling simple pun agar-agar. Dalam sebulan 3-4 kali aku akan ke surau, selain nak berjumpa kawan2 aku Aizam, harlina, Ruwaida....sebenarnya aku teringin nak makan nasi istimewa orang utara...'Nasi daging' . Biasanya nasi ni surau yang sediakan, pak long aku dan kawan-kawan dia yang sediakan ...terbaikkkk!!! teringat-ingat sampai sekarang.
Semua kenangan ini tak dapat aku lupakan...Tambahan lagi sekarang... aku tinggal di kawasan perumahan...surau pun tak semeriah dulu....terasa bosan bila usia semakin meningkat...lebih-lebih lagi berjauhan dari kampung halaman...huh...

PUASA 2
Lepas mak aku puas kejut sampai 1/2 jam...dengan penuh kepayahan dan tangisan aku bangun juga. dah pukul 4.30 pagi masih termenung tengok nasi sambil tunjuk perasaan. Makan pun dengan penuh emosi....tak sampai dua tiga suap dah terlena balik....
Keesokkan harinya bangun pun lewat, pukul sembilan. Tu pun pening-pening lalat...terbaring saja...Dah masuk pukul 10 pagi kepala dah terbayang macam2 makanan, Nak tengok tv pun bosan...balik2 cerita COMBAT...Hawaii Five O...dah la tv takde color...
Tiba2 dalam pukul 1 lebih terdengar azan....wah.. ni mesti dah masuk waktu berbuka....Tapi..alangkah kecewanya bila mak kata masih belum sampai waktunya...
Pukul 2.30 petang aku dah tak keruan...menyesal semalam tak makan banyak2.
Masa nilah syaitan dah mula berbisik...
Bukak tudung saji..tak de makanan, pokok jambu pun belum musim berbuah, pokok mertajam tepi sungai pun belum ada buah...pusing punya pusing keliling rumah....ternampak satu benda yan memang banyak kat rumah aku...sentiasa ada...
Pusing kiri..pusing kanan..line clear...
Lepas tu cari port yang sesuai, sambil menikmati makanan....
Lepas dah makan..haus pulak...apalagi... terus ke bilik air, ambik air sembahyang....konon..padahal sambil berkumur telan air paip...
Memang happy dapat makan...walau pun tak sedap...tapi kalau dah namanya dosa...tak sampai sejam perut dah memulas...Menyesal rasanya...curi makan ikan masin mentah...
Pertama dan terakhir...aku puasa yang yok..
Bila tiba waktu berbuka...tangan dah standby penuh makanan...belum pun habis azan..kami semua dah kembung kekenyangan...

PUASA 1
Bulan puasa dah tiba. tahun ni anak-anakku hannah dan caca mula berpuasa...haifa kakak yang sulung dah okay. Tapi tahun ni nampak lembik jugak. semuanya kerana tahun ni panasnya lain macam...merah padam muka haifa balik sekolah tahan lapar kesian jugak aku tengok...
Hari pertama..kakak okay ja, hannah pulak sebijik macam aku masa kecik2 dulu...betullah kata orang...ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi....teringat aku pengalaman pertama berpuasa....
Hari pertama..kakak okay ja, hannah pulak sebijik macam aku masa kecik2 dulu...betullah kata orang...ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi....teringat aku pengalaman pertama berpuasa....
Subscribe to:
Posts (Atom)