24 Julai 2014
Hari ni aku masih bekerja. Staff2
ku di ofis tersenyum riang tak sabar nak pulang….Si Pija yang nak balik Kelantan
dah memandang skrin computer ternampak rendang ketupat…Ervina yang balik Sarawak
dah lama naik belon. Mungkin dah bergembira bersama ibu bapanya sekarang. Tak
kurang staff-staf ku warga johor…..Yati, Fuza, Nana tersenyum sampai ke
telinga, menghitung hari mengira gerakkan jarum jam. Menyusun hari nak balik
rumah mertua. Lagu raya sejak pagi berkumandang di corong computer…dah 176 kali
ulang aku rasa…menanah telinga dah dengar.
AKU…..? Planningnya esok dah nak
balik kampung Penang ku terchenta…….nak menyambut hari rayalah.
Tak macam tahun-tahun yang lepas……entah
kenapa tahun ni mood beraya tah kemana….tak teruja langsung nak beraya…Tahun ni
tak ada apa2 persiapan raya yg aku buat. Kuih raya, baju raya langsung tak di
beli…langsir raya, hiasan2 rumah untuk raya..…emmmm…tak de pun. Cat rumah…emmm
biarlah. Malasnya nak cat baru….malas…! malas…! malas….!
Mungkinkah kerana usia sudah merangkak
senja?….. blum senja sangat aku rasa…..
Menoleh kembali ke belakang, terlihat
mimpi-mimpi yang tak kesampaian, mimpi belum aku capai, kekecewaan, cita-cita
yang belum tergapai, hajat yang tak tertunai, walaupun aku dah melangkah sejauh
ini…….Masih ada sesuatu yang aku cari dan belum temui. Apa yang aku cari???
Semakin usia bertambah semakin sayang
meninggalkan Ramadhan, semakin aku mengerti erti Ramadhan dan keberkatan bulan
yang mulia ni. Moga Allah memberkati perjalanan
hidupku, semoga jiwaku lebih dekat dengan Pencipta dan semoga sekembalinya aku ke kampung esok hati kembali ceria….Aminnn.
Ramadhan, jangan kau pergi….
Kartun yang di lukis pun tak kena mengena dengan cerita….gasaklah!!!