Saturday, 28 December 2013

Back to School....1981...



28 December 2013

Mama!…mama!…bangun, dah pukul 10 pagi ma…semalam janji nak gi beli barang2 sekolahkan?…kejut Haifa. Antara sedar dengan tidak, aku gagahkan jugak bangun…Aduh! Letih O.T semalam masih berbekas. Baru ja balik subuh tadi…ingat nak qado tido sampai at least pukul 11 pagi. Tak dapat jugak…Ohhh…
Terkebil2 mata aku menahan ngantuk…..bila ok sikit, baru otak yang half ‘dizzy’ boleh berfikir dengan betul…..Alamak! minggu terakhir cuti sekolah nie….dah takde masa lagi….Oh noooo!....Dengan cepat aku bergegas bangun dan suruh budak2 nie mandi ala p. ramlee…Bersiap lebih kurang…..terus start kereta menuju ke Kip Mart, Tampoi…..

12 tengahari….
Aduh mak!… jam teruk pulak!…..emmm bukak radio dulu……kat Sinar FM pun bercerita topik hangat pasal kenangan 1st Day masa sekolah….Wah!..idea  nie…. Jam teruk depan mata tak aku hiraukan. Aku dah masuk dalam dunia aku sendiri… Aku tersenyum sendirian, wajah kawan2 Sekolah Padang Menora, Pulau Pinang, satu2 aku terbayang……
Selesai membeli barang2 keperluan apa yang patut…balik rumah, rehat….tangan aku dah gatal nak mencurah apa yang terbayang di mata masa melayan blues waktu jam tadi….yea…yea…yippe yea! hati berbunga riang.

Januari 1981….Ahad....
Teringat kenangan di hari mula persekolahan…..Malamnya...mak aku dah pesan dan pastikan semua keperluan ke sekolah esok dah ready. Susahnya nak tidur malam nie. tak terbayang apa yang bakal aku lalui esok....sebelum tidur, sempat aku, abang mat, kan ani dan kak liza settlekan barang barang berniaga bapak aku. Barang2 perniagaan bapak kami susun rapi. Begitulah rutin kami setiap hujung minggu. Upahnya kami simpan dalam tabung ayam. 

Pagi Isnin...
Wah ! dah siang... yea!..  Hari pertama, bapak setuju hantar aku. Tapi taklah sampai ke kelas, tunggu sampai tengahari atau petang macam budak2 sekarang….Takde maknenye kalau nak tunggu macam budak2 sekarang. Lemak dan manja. Kebetulan abang mat pun kelas sesi petang jugak…jadi abang mat dah ditugaskan hantar aku dan daftarkan aku ke kelas….aku faham, bapak aku rushing nak gi berniaga tu…hari ni mungkin ke Ipoh….Takpe….abang mat ada…bisik aku dalam hati walaupun sedih bapak x sempat  tunggu dan tengok aku masuk kelas. Takpelah dia nak kerja tu, pujuk aku dalam hati.

Lengkap berskrit biru, rambut pendek paras telinga, kasut putih sekolah tanpa jenama mahal, berbekalkan air teh dan duit 30 sen, aku melangkah riang menuju ke kelas bersama bang mat. Blok bangunan berseni bina tahun 60an kelihatan amat mengerikan. Ini  ke blok kelas aku.?...Oh tidak…! Terbayang imej hantu jepun..hantu tandas…dan segala jenis hantu…..oh imajinasi buruk je aku mula menerpa….Masih aku ingat. Sebelum melangkah ke kelas, aku terpaksa melewati sebuah rumah guru lama, 2 batang pokok kelapa sawit di sebelah kiri. Pokok angsana yang agak horror dan penuh unsur2 paranormal di sebelah kanan….takuttt...

Abang mat yang pada masa tu darjah 2 bergegas hantar aku ke kelas…”Dah..aku hantaq hang kat sini ja. Loceng dah nak bunyi tu. Aku nak masuk kelas naaa…nanti hang balik ngan shahrawani tau. Naik bas pak leh yang warna kuning tu. Kalau takut hang tunggu aku kat pagaq sekolah!..”pesan bang mat ringkas…Sambil tersengih abang mat yang berkulit cerah, berambut hitam keperangan meninggalkan aku…berlari ke kelas dia yang tak jauh dari blok aku.


Aku di tempatkan di kelas 1 merah…di sinilah aku mula bertemu kawan2 yang dekat di hati aku sampai sekarang shahrawani, aizam, hikmah, misbah, norehan, shida, junaidah, rozita etc…..Aduh baru first day aku rasa macam nak pengsan…lupa nak sarapan tadi. Macam2 hal dalam kelas ni…baru setengah jam di kelas, tiba2 ja terhidu bau busuk….”Cikgu…xxxx berak dalam seluaq…! Aku toleh ja kat belakang ternampak budak lelaki dok cebik muka tahan malu…..emmm..berak pulak dah…

Toleh ja sebelah kanan, ada sorang budak pompuan ni, kat kolar…penuh makluk halus bergerak2 eiii gelinya…KUTU…! Dalam hati cakap…aku ni sungguh pun nakal…takde pulak berkutu macam budak nie…dah berapa tahun agaknya mak dia tak sikatkan rambut dia….agaknya dah berkampung kutu atas kepala dia.

Selang tak berapa jam, Uwekkkk!!!!...eiiiiii!!!  terdengar pulak budak pompuan belakang menjerit….Eiiii cacing dalam muntah dia….!!!! Ya Allah.....kami ramai2 berlari & berkerumun kat belakang….aduhai!...penuh cacing kerawit!....apelah budak ni makan…sure x basuh tangan & tak pakai kasut, bisik aku. Nasib baik aku tak muntah kat sini…perut aku ni pun boleh tahan boncit ni….kecacingan jugak…bisik aku dalam hati….

Dah 2 jam berlalu…aku nampak budak lelaki berkepala separa botak, berwajah ganas kat belakang ni dari tadi dok resah…..tetiba ja….Cikgu!!!...Mat D (bukan nama sebenar) lari ikut tingkap!…..Dah pulak! Kami semua bergegas pulak ke tingkap….Aduh! lari pulak mamat ni…patut dari tadi elok punya dok ushar tingkap…dan yang bestnya… mamat ni dekat seminggu dengan aktiviti lompat tingkap & lari kelas…

KRINGGGG!!! Waktu rehat…yahoo..!!! 



                                                        moktan (rambutan), Ragih (ranting) Baloq (birat)

Waktu yang ditunggu2. Masa nilah budak2 pompuan sibuk keluarkan barang mainan…batu seremban, gelang getah zero point, lidi sate….masing2….Aku cuma ada 9 ketul batu bulat yang aku kutip tepi jalan dan aku simpan untuk buat batu seremban….bolehla…Kalau boring nak joint diorang main, aku duduk ja kat kelas….bukak buku sketch…lukis apa yang patut….lepas tu, lena …! Ha ha ha…indahnya hidup.

4 Jam berlalu termasuk waktu rehat….aku tak tau apa yang aku belajar….rupa2nya shahrawani cakap aku dok pulun lena jam2 yang terakhir….Dan itulah kerja aku setiap hari….lena..lena dan lena. Kepala otak aku cuma dok ingat sungai belakang rumah ja….lepas tu sambung lena balik……Yang aku tau dan tunggu2…loceng terakhir….Balikkkkkk!!!

Ohhh….indahnya waktu itu…..tak macam sekarang nie…stressnya hidup….mencari rezeki demi sesuap nasik…demi kelangsungan hidup ( bermadah pulak)….seronoknya kalau dapat kembali ke zaman yang indah dan takada stress tu….!

Kawan-Kawan SKPM….catatan memori ini Khas untuk anda semua….

Tak dapat ku tulis panjang2….banyak beban kerja yg menunggu untuk di siapkan…..sampai jumpa lagi…titik!