6.30 petang…
Petang ni macam biasa, aku
bergegas pulang dari tempat kerja untuk mengambil Haifa, Hannah dan Caca. Lepas
siap mengangkut Caca dan Hannah dari taska, drift pula ke sekolah agama nak
ambil Haifa. Sampai di perkarangan sekolah, punya la panic sebab Haifa tak ada. 10 minit berlalu, aku ternampak Haifa tersengih
dari jauh sambil tangannya menjinjit sebekas makanan ngan air. Bila pintu kereta di buka, terus aku tanya soalan
yang biasa aku tanya setiap hari… “ beli
apa pulak hari ni? jajan lagi ?” Tanya
aku.
“Lapar la mama…tadi ayah kasi 4 ringgit je. Petang dah lapar lagi…”
“Aiii..4 ringgit pun tak cukup ke? Mama pun satu hari makan 5 ringgit
je tau…” balas aku.
“Tadi akak beli buku komik ma…murah je RM 2.50”….jawab Haifa.
“Sape suruh beli komik? …RM2.50 tu kalau makan dah kenyang tau…”marah
aku sambil membulatkan bijik mata.
Haifa juehkan mulutnya tanda
protes. Bila aku marah dan start lecture
dia terus pejam mata dan tidur…eiii geramnya….
Selesai bab Haifa..Hana ngan Caca
pulak mula bising kat belakang mintak jajan…Ni kalau aku tak kasi, sampai
kerumah la dia buat lembik badan macam sotong…
Untuk pastikan semua budak2 ni
diam, Nak tak nak terpaksalah aku singgah kedai hampir setiap hari beli jajan. Sampai
di rumah, budak2 ni terus berlari masuk, mandi, tukar baju terus mengadap
cerita kesukaan mereka.. Running Man.
Aku pulak terus ke belakang
membasuh baju macam biasa. Bila aku pusing ke depan tak lama lepas tu, aku
tengok jajan yang di beli tadi bersepah-sepah kat lantai. Robot2 mainan yang
baru beli tadi dah pun bercerai dari badan.
Dan macam biasa juga, mulalah aku lecture budak2 ni suruh diorang hargai
makanan. Mungkin sebab hampir setiap hari aku bagi lecture yang sama. Diorang
dah jadi lali. Tetap juga sepahkan
makanan mainan dan jajan.
Dah geram sangat, terus mandi
sambil berfikir macamana nak sedarkan diorang supaya jangan boros, membazir tak
tentu hala. Lepas solat magrib dan insyak. Macam biasa bila aku sakit hati..mulalah
aku masuk bilik, bertapa. Sambil mengadap meja tulis aku mula melukis. Sedang aku melukis, datang Haifa sambil
menegur…”mama marah ehhh…bila mama marah
mama lepas geram dalam gambar tu kan…he he..akak tau le”… “Sorri ya ma.”. cakap haifa lagi. “Emmm…
insaf satu hari ja kan…esok buat lagi”. Perli aku… “Oklah ma, akak tidur dulu”. Lepas tu aku terus melukis mengimbau
peristiwa lalu. Moga anak2 aku tahu
macam mana dan kenapa mama diorang di sangat berjimat cermat soal berbelanja……
1982…..
Masih aku ingat, hampir 31 tahun
yang lalu. Bila aku mula bersekolah, mak bekalkan kami 40 sen seorang. Aku lahir dalam keluarga yang
besar dan masih ramai yang bersekolah, Mak terpaksa berjimat cermat dalam
perbelanjaan harian. Disebabkan aku bersekolah sebelah pagi, tak dapatlah aku
nak bawak bekal ke sekolah. Jam 6.30
pagi aku, bang mat kak liza dan kak ani dah terpaksa terpacak di hentian bas
tak jauh dari rumah kami, setiap pagi rasa terseksa nak bangun pagi, ditambah
pula terpaksa mandi air sejuk. Tidakkkkkk!!! Siap mandi yang separuh hati, nak
makan sarapan pun dah tak selera.
Duit yang mak bagi cukup untuk
tambang bas dan makan sikit. Tambang bas pergi balik dah 30 sen. Tinggallah 10
sen. Cukup buat makan mee bodoh. ataupun
nasi lemak seciput.
Biasanya kalau kami nak makan
lebih, kami perlu berjimat cermat. Terpaksa balik jalan kaki atau pun tumpang
basikal kawan masa balik. At least dapat juga save 15 sen. Banyak tu… Rumah aku
dari sekolah pulak bukannya dekat, kalau jalan kaki, mau setengah jam baru
sampai rumah. Untuk mengelak kebosanan berjalan kaki, kami berborak2 sambil
mengutip tiket2 bas yang dibuang penumpang bila turun dari bas. Tiket2 ni kami
kumpul untuk main ‘dangau’ (pondok2) di hujung minggu.
Dulu, beberapa kali aku
memberontak nak duit lebih. Masih aku
ingat, pernah satu hari aku cuba lari dari rumah membawa diri …tak jauh pun,
kat hutan buluh Lubuk Meriam aja. Puas abang aku cari ke sana sini. At last bila dah reda sakit hati aku balik sendiri.
Mak aku tak cakap apa2 pun. Dia diam
aja. Disebabkan mak aku yang tak banyak bercakap, aku jadi tak faham kenapa. Hinggalah
satu malam aku terdengar perbualan mak dengan bapak aku berbincang pasal duit
dan perniagaan bapak aku yang kurang menjadi. Bapak aku rugi besar bila kedai
runcit yang di usahakan tak meberangsangkan. Mak dengan bapak aku memang selalu
lepak kat hujung koridor rumah sambil bincang. Dan malam itu, baru aku tahu
selama ni diorang dah usaha bermacam2 cara untuk cari duit.
Malam tu tak lelap tidur aku
dibuatnya. Keesokkan harinya, sambil melepak di tepi sungai, aku imbas kembali
semua kesusahan yang bapak aku lalui untuk besarkan kami. Teringat baju pagoda lusuh
bapak aku dan seluar coklatnya yang hanya ada sepasang. Jarang benar bapak aku
berpakaian baru. Ayam itik yang bapak aku ternak di belakang rumah dan
sayur-sayuran yang bapak taman sendiri untuk menampung kehidupan keluarga besar
kami.
Mulai dari saat itu, aku tak
pernah lagi merungut kalau tak cukup duit ke sekolah. Pandai2 lah aku
selesaikannya. Berjalan kaki, tumpang basikal kawan pun aku tak kisah lagi. Dan
mulai saat itu juga aku tak pernah lagi merungut bila bapak mintak aku bantu
dia berniaga menjual buah di simpang jalan, mengikut dia menjual pisau getah
atau pun packing gado-gado. Sekurang2nya
dapat jugalah upah dari bapak. Boleh jugak aku menabung. Sikap itu aku teruskan
sampailah kesekolah menengah, universiti sampailah sekarang. Alhamdulillah,
berkat dari kesusahan masa lalu aku jadi sangat berdikari hinggalah sekarang…..
Aku benar-benar berharap dan berdoa
moga2 anak2 aku sedar satu hari nanti, bahawa bukan mudah mencari duit untuk
membesarkan mereka, jangan merungut dan hargailah rezeki yang ada….Amin