Saturday, 22 June 2013

Hari itu sudah berlalu......Sungai orang putih...

28 May 2013.... 9.00 malam
Sejak semalamnya lagi semua kelengkapan, beg, toto bantal dah pun disumbat ke dalam kereta. Senang sikit, esok pagi kalau terlewat bangun boleh terus angkat saja budak2 ni masuk dalam kereta. 

29 May 2013....7.00 pagi
Hari yang ditunggu telah tiba, tak sabar rasanya nak pulang ke kampung halaman. Setelah penat menunggu hampir 11 tahun lamanya, tanggal 1 Jun 2013, abang mat aku akhirnya akan melangsungkan perkahwinannya. Kawin jugak akhirnya....tercapat jugak hajat arwah mak. Alhamdulillah.... 

7.30 petang
Setelah hampir nak kematu bontot, berhenti entah berapa kali,bertukar driver 2  3 kali, akhirnya sampai jugak kami ke Kubang Semang, rumah baru arwah mak dan kak liza. Ish....kalaulah JB ni dekat, selang sebulan aku nak balik kampung. Tapi apakan daya dah tertulis rezeki aku jauh di selatan. Emmm bosannnn.....

Setelah berehat lebih kurang, esoknya kami ke rumah abang nan di lahar yooi utk persiapan terakhir. Selesai solat asar semua barang2 diangkat ke dewan Lubuk Meriam tak jauh dari rumah abang nan. Emmm....dah selesai......Persiapan nampaknya tak serumit zaman aku kawin dulu. Zaman dah berubah, semuanya dah mudah. Pakai katering ja tak payah pening2 kepala. 

Selesai mengemas, kak Ani sempat mengajak aku meninjau kawasan belakang dewan, Oh!.. rupa2nya kat belakang ni ada sungai. "Kak, ni sungai orang putihkan?"..."Aa ...yalah...sungai ni kan sambung sampai belakang rumah kita & rumah kak melah..." jawab kak Ani. "Kak,... sungai ni yang mengecik ka kita yg makin besaq?..." tanya aku lagi. "Emm...dah lebih 26 tahun ckeen"......semua dah tak sama macam dulu kan?" jawab kak Ani lagi....Kami tersenyum kelat sambil memandang sungai.....

Balik dari dewan, aku sempat meninjau belakang rumah lama kami di simpang tiga Lahar Yooi. Sedihnya... pokok mertajam, pokok longan dan pokok kundang semuanya dah tak ada lagi....Sungai pun dah bertukar jadi parit...


1986 dulu, sungai kecik ni memang 3 kali ganda dari saiz sekarang. Dulu... setiap 5 tahun sekali sungai ni akan di selenggara. Sungai akan di perdalam dan dilebarkan. Bila sungai menjadi lebar dan dalam, memang seronok nak menyelam, Dulu aku dan kawan2 membina sebuah buai, titi buluh dan pelantar menjunam. Emmm...Sesungguhnya di sini tempat pertama aku mengasah bakat dalam Architecture. 


Di sini jugalah tempat berkumpul aku bersama kawan2 sekampungku (anak2 kak jamsiah; shah, jamsani, anak2 kak melah; timah, yati, nurul, maton, zahrani) dan abang mat bersama kawan2nya (ed, chon, aziz, anuar, kri, kotan,bidin,nazri,mat khir) hampir setiap petang. Di sini jugaklah tempat aku menempah parut di kaki yang pertama dan kedua kali. 

Di setiap hujung tahun, bila kampung dilanda banjir, sungai kecik ni menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk yang rata2nya kerja kampung.Sepat, haruan, lampam memang banyak. 


Kini semuanya dah tak ada lagi, yang tinggal hanya kenangan....Petang tu bila hampir nak maghrib baru kami balik ke Kubang Semang. Itu pun setelah anak2 aku dah moncong2 muka kebosanan. Oh...ini bukan kampung halaman budak2 ni.... yang budak2 ni tahu kampung halaman diorang di JB...Harap2 esok, semasa kenduri dapatlah aku betemu semula teman2 sepermainan yang dah lama ku tinggalkan.......