Saturday, 28 December 2013

Back to School....1981...



28 December 2013

Mama!…mama!…bangun, dah pukul 10 pagi ma…semalam janji nak gi beli barang2 sekolahkan?…kejut Haifa. Antara sedar dengan tidak, aku gagahkan jugak bangun…Aduh! Letih O.T semalam masih berbekas. Baru ja balik subuh tadi…ingat nak qado tido sampai at least pukul 11 pagi. Tak dapat jugak…Ohhh…
Terkebil2 mata aku menahan ngantuk…..bila ok sikit, baru otak yang half ‘dizzy’ boleh berfikir dengan betul…..Alamak! minggu terakhir cuti sekolah nie….dah takde masa lagi….Oh noooo!....Dengan cepat aku bergegas bangun dan suruh budak2 nie mandi ala p. ramlee…Bersiap lebih kurang…..terus start kereta menuju ke Kip Mart, Tampoi…..

12 tengahari….
Aduh mak!… jam teruk pulak!…..emmm bukak radio dulu……kat Sinar FM pun bercerita topik hangat pasal kenangan 1st Day masa sekolah….Wah!..idea  nie…. Jam teruk depan mata tak aku hiraukan. Aku dah masuk dalam dunia aku sendiri… Aku tersenyum sendirian, wajah kawan2 Sekolah Padang Menora, Pulau Pinang, satu2 aku terbayang……
Selesai membeli barang2 keperluan apa yang patut…balik rumah, rehat….tangan aku dah gatal nak mencurah apa yang terbayang di mata masa melayan blues waktu jam tadi….yea…yea…yippe yea! hati berbunga riang.

Januari 1981….Ahad....
Teringat kenangan di hari mula persekolahan…..Malamnya...mak aku dah pesan dan pastikan semua keperluan ke sekolah esok dah ready. Susahnya nak tidur malam nie. tak terbayang apa yang bakal aku lalui esok....sebelum tidur, sempat aku, abang mat, kan ani dan kak liza settlekan barang barang berniaga bapak aku. Barang2 perniagaan bapak kami susun rapi. Begitulah rutin kami setiap hujung minggu. Upahnya kami simpan dalam tabung ayam. 

Pagi Isnin...
Wah ! dah siang... yea!..  Hari pertama, bapak setuju hantar aku. Tapi taklah sampai ke kelas, tunggu sampai tengahari atau petang macam budak2 sekarang….Takde maknenye kalau nak tunggu macam budak2 sekarang. Lemak dan manja. Kebetulan abang mat pun kelas sesi petang jugak…jadi abang mat dah ditugaskan hantar aku dan daftarkan aku ke kelas….aku faham, bapak aku rushing nak gi berniaga tu…hari ni mungkin ke Ipoh….Takpe….abang mat ada…bisik aku dalam hati walaupun sedih bapak x sempat  tunggu dan tengok aku masuk kelas. Takpelah dia nak kerja tu, pujuk aku dalam hati.

Lengkap berskrit biru, rambut pendek paras telinga, kasut putih sekolah tanpa jenama mahal, berbekalkan air teh dan duit 30 sen, aku melangkah riang menuju ke kelas bersama bang mat. Blok bangunan berseni bina tahun 60an kelihatan amat mengerikan. Ini  ke blok kelas aku.?...Oh tidak…! Terbayang imej hantu jepun..hantu tandas…dan segala jenis hantu…..oh imajinasi buruk je aku mula menerpa….Masih aku ingat. Sebelum melangkah ke kelas, aku terpaksa melewati sebuah rumah guru lama, 2 batang pokok kelapa sawit di sebelah kiri. Pokok angsana yang agak horror dan penuh unsur2 paranormal di sebelah kanan….takuttt...

Abang mat yang pada masa tu darjah 2 bergegas hantar aku ke kelas…”Dah..aku hantaq hang kat sini ja. Loceng dah nak bunyi tu. Aku nak masuk kelas naaa…nanti hang balik ngan shahrawani tau. Naik bas pak leh yang warna kuning tu. Kalau takut hang tunggu aku kat pagaq sekolah!..”pesan bang mat ringkas…Sambil tersengih abang mat yang berkulit cerah, berambut hitam keperangan meninggalkan aku…berlari ke kelas dia yang tak jauh dari blok aku.


Aku di tempatkan di kelas 1 merah…di sinilah aku mula bertemu kawan2 yang dekat di hati aku sampai sekarang shahrawani, aizam, hikmah, misbah, norehan, shida, junaidah, rozita etc…..Aduh baru first day aku rasa macam nak pengsan…lupa nak sarapan tadi. Macam2 hal dalam kelas ni…baru setengah jam di kelas, tiba2 ja terhidu bau busuk….”Cikgu…xxxx berak dalam seluaq…! Aku toleh ja kat belakang ternampak budak lelaki dok cebik muka tahan malu…..emmm..berak pulak dah…

Toleh ja sebelah kanan, ada sorang budak pompuan ni, kat kolar…penuh makluk halus bergerak2 eiii gelinya…KUTU…! Dalam hati cakap…aku ni sungguh pun nakal…takde pulak berkutu macam budak nie…dah berapa tahun agaknya mak dia tak sikatkan rambut dia….agaknya dah berkampung kutu atas kepala dia.

Selang tak berapa jam, Uwekkkk!!!!...eiiiiii!!!  terdengar pulak budak pompuan belakang menjerit….Eiiii cacing dalam muntah dia….!!!! Ya Allah.....kami ramai2 berlari & berkerumun kat belakang….aduhai!...penuh cacing kerawit!....apelah budak ni makan…sure x basuh tangan & tak pakai kasut, bisik aku. Nasib baik aku tak muntah kat sini…perut aku ni pun boleh tahan boncit ni….kecacingan jugak…bisik aku dalam hati….

Dah 2 jam berlalu…aku nampak budak lelaki berkepala separa botak, berwajah ganas kat belakang ni dari tadi dok resah…..tetiba ja….Cikgu!!!...Mat D (bukan nama sebenar) lari ikut tingkap!…..Dah pulak! Kami semua bergegas pulak ke tingkap….Aduh! lari pulak mamat ni…patut dari tadi elok punya dok ushar tingkap…dan yang bestnya… mamat ni dekat seminggu dengan aktiviti lompat tingkap & lari kelas…

KRINGGGG!!! Waktu rehat…yahoo..!!! 



                                                        moktan (rambutan), Ragih (ranting) Baloq (birat)

Waktu yang ditunggu2. Masa nilah budak2 pompuan sibuk keluarkan barang mainan…batu seremban, gelang getah zero point, lidi sate….masing2….Aku cuma ada 9 ketul batu bulat yang aku kutip tepi jalan dan aku simpan untuk buat batu seremban….bolehla…Kalau boring nak joint diorang main, aku duduk ja kat kelas….bukak buku sketch…lukis apa yang patut….lepas tu, lena …! Ha ha ha…indahnya hidup.

4 Jam berlalu termasuk waktu rehat….aku tak tau apa yang aku belajar….rupa2nya shahrawani cakap aku dok pulun lena jam2 yang terakhir….Dan itulah kerja aku setiap hari….lena..lena dan lena. Kepala otak aku cuma dok ingat sungai belakang rumah ja….lepas tu sambung lena balik……Yang aku tau dan tunggu2…loceng terakhir….Balikkkkkk!!!

Ohhh….indahnya waktu itu…..tak macam sekarang nie…stressnya hidup….mencari rezeki demi sesuap nasik…demi kelangsungan hidup ( bermadah pulak)….seronoknya kalau dapat kembali ke zaman yang indah dan takada stress tu….!

Kawan-Kawan SKPM….catatan memori ini Khas untuk anda semua….

Tak dapat ku tulis panjang2….banyak beban kerja yg menunggu untuk di siapkan…..sampai jumpa lagi…titik!

Saturday, 24 August 2013

Hari itu telah berlalu....bersyukur apa yang kita ada


6.30 petang…
Petang ni macam biasa, aku bergegas pulang dari tempat kerja untuk mengambil Haifa, Hannah dan Caca. Lepas siap mengangkut Caca dan Hannah dari taska, drift pula ke sekolah agama nak ambil Haifa. Sampai di perkarangan sekolah, punya la panic sebab Haifa tak ada. 10 minit berlalu, aku ternampak Haifa tersengih dari jauh sambil tangannya menjinjit sebekas makanan ngan air.  Bila pintu kereta di buka, terus aku tanya soalan yang biasa aku tanya setiap hari… “ beli apa pulak hari ni?  jajan lagi ?” Tanya aku.

“Lapar la mama…tadi ayah kasi 4 ringgit je. Petang dah lapar lagi…”

“Aiii..4 ringgit pun tak cukup ke? Mama pun satu hari makan 5 ringgit je tau…” balas aku.
“Tadi akak beli buku komik ma…murah je RM 2.50”….jawab Haifa.
“Sape suruh beli komik? …RM2.50 tu kalau makan dah kenyang tau…”marah aku sambil membulatkan bijik mata.
Haifa juehkan mulutnya tanda protes. Bila aku marah dan start lecture dia terus pejam mata dan tidur…eiii geramnya….

Selesai bab Haifa..Hana ngan Caca pulak mula bising kat belakang mintak jajan…Ni kalau aku tak kasi, sampai kerumah la dia buat lembik badan macam sotong…
Untuk pastikan semua budak2 ni diam, Nak tak nak terpaksalah aku singgah kedai hampir setiap hari beli jajan. Sampai di rumah, budak2 ni terus berlari masuk, mandi, tukar baju terus mengadap cerita kesukaan mereka.. Running Man.

Aku pulak terus ke belakang membasuh baju macam biasa. Bila aku pusing ke depan tak lama lepas tu, aku tengok jajan yang di beli tadi bersepah-sepah kat lantai. Robot2 mainan yang baru beli tadi dah pun bercerai dari badan.  Dan macam biasa juga, mulalah aku lecture budak2 ni suruh diorang hargai makanan. Mungkin sebab hampir setiap hari aku bagi lecture yang sama. Diorang dah jadi  lali. Tetap juga sepahkan makanan mainan dan jajan.

 
Dah geram sangat, terus mandi sambil berfikir macamana nak sedarkan diorang supaya jangan boros, membazir tak tentu hala. Lepas solat magrib dan insyak. Macam biasa bila aku sakit hati..mulalah aku masuk bilik, bertapa. Sambil mengadap meja tulis aku mula melukis.  Sedang aku melukis, datang Haifa sambil menegur…”mama marah ehhh…bila mama marah mama lepas geram dalam gambar tu kan…he he..akak tau le”… “Sorri ya ma.”. cakap haifa lagi.  “Emmm… insaf satu hari ja kan…esok buat lagi”. Perli aku… “Oklah ma, akak tidur dulu”. Lepas tu aku terus melukis mengimbau peristiwa lalu. Moga anak2  aku tahu macam mana dan kenapa mama diorang di sangat berjimat cermat soal berbelanja……

1982…..

Masih aku ingat, hampir 31 tahun yang lalu. Bila aku mula bersekolah, mak bekalkan kami  40 sen seorang. Aku lahir dalam keluarga yang besar dan masih ramai yang bersekolah, Mak terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Disebabkan aku bersekolah sebelah pagi, tak dapatlah aku nak bawak bekal ke sekolah.  Jam 6.30 pagi aku, bang mat kak liza dan kak ani dah terpaksa terpacak di hentian bas tak jauh dari rumah kami, setiap pagi rasa terseksa nak bangun pagi, ditambah pula terpaksa mandi air sejuk. Tidakkkkkk!!! Siap mandi yang separuh hati, nak makan sarapan pun dah tak selera.

 
Duit yang mak bagi cukup untuk tambang bas dan makan sikit. Tambang bas pergi balik dah 30 sen. Tinggallah 10 sen. Cukup buat makan mee bodoh.  ataupun nasi lemak seciput.


Biasanya kalau kami nak makan lebih, kami perlu berjimat cermat. Terpaksa balik jalan kaki atau pun tumpang basikal kawan masa balik. At least dapat juga save 15 sen. Banyak tu… Rumah aku dari sekolah pulak bukannya dekat, kalau jalan kaki, mau setengah jam baru sampai rumah. Untuk mengelak kebosanan berjalan kaki, kami berborak2 sambil mengutip tiket2 bas yang dibuang penumpang bila turun dari bas. Tiket2 ni kami kumpul untuk main ‘dangau’ (pondok2) di hujung minggu.

 
 
Dulu, beberapa kali aku memberontak nak duit lebih.  Masih aku ingat, pernah satu hari aku cuba lari dari rumah membawa diri …tak jauh pun, kat hutan buluh Lubuk Meriam aja. Puas abang aku cari ke sana sini. At last bila dah reda  sakit hati aku balik sendiri.

Mak aku tak cakap apa2 pun. Dia diam aja. Disebabkan mak aku yang tak banyak bercakap, aku jadi tak faham kenapa. Hinggalah satu malam aku terdengar perbualan mak dengan bapak aku berbincang pasal duit dan perniagaan bapak aku yang kurang menjadi. Bapak aku rugi besar bila kedai runcit yang di usahakan tak meberangsangkan. Mak dengan bapak aku memang selalu lepak kat hujung koridor rumah sambil bincang. Dan malam itu, baru aku tahu selama ni diorang dah usaha bermacam2 cara untuk cari duit.


Malam tu tak lelap tidur aku dibuatnya. Keesokkan harinya, sambil melepak di tepi sungai, aku imbas kembali semua kesusahan yang bapak aku lalui untuk besarkan kami. Teringat baju pagoda lusuh bapak aku dan seluar coklatnya yang hanya ada sepasang. Jarang benar bapak aku berpakaian baru. Ayam itik yang bapak aku ternak di belakang rumah dan sayur-sayuran yang bapak taman sendiri untuk menampung kehidupan keluarga besar kami.


Mulai dari saat itu, aku tak pernah lagi merungut kalau tak cukup duit ke sekolah. Pandai2 lah aku selesaikannya. Berjalan kaki, tumpang basikal kawan pun aku tak kisah lagi. Dan mulai saat itu juga aku tak pernah lagi merungut bila bapak mintak aku bantu dia berniaga menjual buah di simpang jalan, mengikut dia menjual pisau getah atau pun packing gado-gado. Sekurang2nya dapat jugalah upah dari bapak. Boleh jugak aku menabung. Sikap itu aku teruskan sampailah kesekolah menengah, universiti sampailah sekarang. Alhamdulillah, berkat dari kesusahan masa lalu aku jadi sangat berdikari hinggalah sekarang…..


Aku benar-benar berharap dan berdoa moga2 anak2 aku sedar satu hari nanti, bahawa bukan mudah mencari duit untuk membesarkan mereka, jangan merungut dan hargailah rezeki yang ada….Amin

 

 

Saturday, 22 June 2013

Hari itu sudah berlalu......Sungai orang putih...

28 May 2013.... 9.00 malam
Sejak semalamnya lagi semua kelengkapan, beg, toto bantal dah pun disumbat ke dalam kereta. Senang sikit, esok pagi kalau terlewat bangun boleh terus angkat saja budak2 ni masuk dalam kereta. 

29 May 2013....7.00 pagi
Hari yang ditunggu telah tiba, tak sabar rasanya nak pulang ke kampung halaman. Setelah penat menunggu hampir 11 tahun lamanya, tanggal 1 Jun 2013, abang mat aku akhirnya akan melangsungkan perkahwinannya. Kawin jugak akhirnya....tercapat jugak hajat arwah mak. Alhamdulillah.... 

7.30 petang
Setelah hampir nak kematu bontot, berhenti entah berapa kali,bertukar driver 2  3 kali, akhirnya sampai jugak kami ke Kubang Semang, rumah baru arwah mak dan kak liza. Ish....kalaulah JB ni dekat, selang sebulan aku nak balik kampung. Tapi apakan daya dah tertulis rezeki aku jauh di selatan. Emmm bosannnn.....

Setelah berehat lebih kurang, esoknya kami ke rumah abang nan di lahar yooi utk persiapan terakhir. Selesai solat asar semua barang2 diangkat ke dewan Lubuk Meriam tak jauh dari rumah abang nan. Emmm....dah selesai......Persiapan nampaknya tak serumit zaman aku kawin dulu. Zaman dah berubah, semuanya dah mudah. Pakai katering ja tak payah pening2 kepala. 

Selesai mengemas, kak Ani sempat mengajak aku meninjau kawasan belakang dewan, Oh!.. rupa2nya kat belakang ni ada sungai. "Kak, ni sungai orang putihkan?"..."Aa ...yalah...sungai ni kan sambung sampai belakang rumah kita & rumah kak melah..." jawab kak Ani. "Kak,... sungai ni yang mengecik ka kita yg makin besaq?..." tanya aku lagi. "Emm...dah lebih 26 tahun ckeen"......semua dah tak sama macam dulu kan?" jawab kak Ani lagi....Kami tersenyum kelat sambil memandang sungai.....

Balik dari dewan, aku sempat meninjau belakang rumah lama kami di simpang tiga Lahar Yooi. Sedihnya... pokok mertajam, pokok longan dan pokok kundang semuanya dah tak ada lagi....Sungai pun dah bertukar jadi parit...


1986 dulu, sungai kecik ni memang 3 kali ganda dari saiz sekarang. Dulu... setiap 5 tahun sekali sungai ni akan di selenggara. Sungai akan di perdalam dan dilebarkan. Bila sungai menjadi lebar dan dalam, memang seronok nak menyelam, Dulu aku dan kawan2 membina sebuah buai, titi buluh dan pelantar menjunam. Emmm...Sesungguhnya di sini tempat pertama aku mengasah bakat dalam Architecture. 


Di sini jugalah tempat berkumpul aku bersama kawan2 sekampungku (anak2 kak jamsiah; shah, jamsani, anak2 kak melah; timah, yati, nurul, maton, zahrani) dan abang mat bersama kawan2nya (ed, chon, aziz, anuar, kri, kotan,bidin,nazri,mat khir) hampir setiap petang. Di sini jugaklah tempat aku menempah parut di kaki yang pertama dan kedua kali. 

Di setiap hujung tahun, bila kampung dilanda banjir, sungai kecik ni menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk yang rata2nya kerja kampung.Sepat, haruan, lampam memang banyak. 


Kini semuanya dah tak ada lagi, yang tinggal hanya kenangan....Petang tu bila hampir nak maghrib baru kami balik ke Kubang Semang. Itu pun setelah anak2 aku dah moncong2 muka kebosanan. Oh...ini bukan kampung halaman budak2 ni.... yang budak2 ni tahu kampung halaman diorang di JB...Harap2 esok, semasa kenduri dapatlah aku betemu semula teman2 sepermainan yang dah lama ku tinggalkan.......



Sunday, 27 January 2013

AKU, INA + LEGOLAND

27.1.2013....

Hari ni aku, suami  dan anak2  ke Legoland buat kali yang ke 5. Hari ni kami sekeluarga nak habiskan semua permainan yg ada kat Legoland tu. Setiap kali pergi, tak semua permainan kami dapat naik. Semuanya gara2 cuaca yg terlalu panas. Melongeng kepala dibuatnya...Aduhai...

Kali ni kami bertolak petang sikit. Dah lepas asar baru bergerak ke Legoland. Waktu ni cuaca agak redup. Alhamdulillah...sampai lebih kurang 5 petang. Hari minggu Legoland bukak sampai 8 malam. Orang pun x ramai. Beratur pun x panjang macam selalu. Best!

Dalam perjalanan pulang ke rumah lebih kurang 9 malam, budak2 semua terlena keletihan...aku sempat berwhatsapp dengan kawan2 sekolah.....Sibuk bercuti sakan diorang di K.L.

Teringat pulak ina kawan baik aku. Tahun lepas masa dia datang, sempat aku bawak dia round JB. Tak tau nak bawak dia kemana aku ajak dia gi Legoland. Tempat budak2 pun tak pa lah...

October 2012....

Lepas jemput ina dari Senai Airport, kami terus ke Legoland. Punyalah excited jumpa kawan lama. Kami sampai lebih kurang 11 pagi. Sampai ja, kepala dah pening sebab cuaca panas sangat. Tapi kami tetap seronok sebab lama tak jumpa.


Sekurang2nya...kunjungan kami ke sini dapat mengimbau kenangan lalu.

Banyak permainan yang Legoland offer. Tapi kebanyakkannya sesuai untuk budak2. Untuk mak2 budak macam kami tak lah banyak sangat. Sampai ja kami terus menuju ke roller coaster. Yang kecik pun cukuplah...Try dulu...


Aduh!!! baru ja naik satu round dah pening nak muntah, terbalik otak dibuatnya. Anak aku relax ja. tapi aku ngan ina mcm nak pengsan... Tak serik, sebab dah bayar mahal, kami naik pulak permainan bot junam (aku tak ingat lak nama dia) Aduhai...kali ni confirm muntah....



Barulah terasa yang kami ni dah retro. At last terpaksalah kami rehat di surau hilangkan pening. Keluar dari surau, cuaca dah gelap sikit. Barulah lega sikit. Kami teruskan mencari permainan yang sesuai dengan umur kami. 

Perut pulak terasa lapar. Terlupa pulak nak bawak bekalan makanan. Di sebabkan terlalu lapar, terpaksa jugaklah kami makan di Legoland restaurant. Nasi ayam pun RM 20 sepinggan...don't be surprise! Ralatnya tak makan kenyang2 tadi kat luar.



Tak palah...makan sikit, lepas ni nak round JB cari makanan Johor kat luar. Lagi best. Tepat pukul 8 malam, cepat2 kami keluar cari makan kat luar. Otak-otak, mee bandung, laksa Johor...here we come!

Kesimpulannya, Legoland ni memang best. Tapi, lagi sesuai untuk yang berkeluarga. 

Di sini ada sikit tips persediaan sebelum ke Legoland:

1. Pakai baju yang nipis, bawak topi takut sun burn.
2. Seeloknya pergilah hujung minggu 3 petang keatas. Legoland tutup pukul 8 malam pada hari sabtu dan Ahad. Pemandangan malam memang cantik.
3. Bawak air mineral, roti dsb secukupnya dalam beg sandang. Makanan kat dalam memang mahal.
4. Bawak spray air. Panas gila....
5. Seeloknya, makan dulu sebelum masuk ke dalam. 
6. Pakai flat shoes atau sport shoes.



Selamat bercuti dan selamat bergembira....!!!