Wednesday, 26 December 2012

Wayang Pacak

Minggu lepas semasa berkunjung ke rumah Kak Ani di Kajang, aku sempat berbual2 kosong tentang kenangan silam kami. Bersama Kak Ani aku mengimbau kisah menonton Wayang pacak pada hujung malam minggu.  Aku ingat lagi ... masa tu kami bercuti di rumah Kakak kedua kami, kak Pah yang pada masa tu tinggal di Jejawi, Perlis...Tahun 1983, Kak Ani berada di tingkatan 3 dan aku pulak Darjah 3.

Pada zaman tu, tak banyak hiburan yang kami dapat. Selain menonton TV Thailand yang pada masa tu memang 'advance'  berbanding TV Malaysia, kami biasanya ke pasar malam atau pun menonton wayang pacak.

Hujung minggu, biasanya hari sabtu, seawal 6 petang ramai penduduk taman perumahan di situ menuju ke padang bola. Bermacam-macam ragam yang datang, ada yang bawak tikar, bantal, mangkuk tingkat, buai dan macam-macam lagi. Peniaga pulak seawal pukul 5 petang dah memenuhi kawasan padang bola. Tepat pukul 7.00 petang, van dari Jabatan penerangan sampai dengan skrin kain atau kanvas putih besar. 

Jam 8 malam wayang pun bermula....cerita apa?  Standart lah zaman tu...kalau tak cerita hindustan, cerita melayu, banyak jugak cerita yang diorang tayangkan...Kalau tak salah filem Sumber Ilhamku  lakonan Sharifah Aini ngan Latiff ibrahim, Bila Hati Telah Retak...Rubiah suparman, Pasung Puaka, Anita Dunia Ajaib...


Aku taklah sangat nak tengok cerita yang ditayangkan tu, motif kami datang semata-mata nak berkumpul dengan rakan2 baru sambil main zero point atau pun batu seremban.

Tengah sedap2 nonton, tiba2 ja wayang di dihentikan kejap. Ohh..rupa2nya wayang pacak ni di buat semata2 nak umpan penduduk dengar taklimat dari Jabatan Penerangan . Yang aku ingat masa tu diorang bagi taklimat untuk cegah denggi.....

Aku dengar pun tak habis...panjang sangat....tiba2 ja gelap....Bila sedar aku dah kat rumah Kak Pah....sahlah tadi aku terlena masa diorang bagi ceramah....