Hujung minggu ni terasa free sikit. Kerja office pun tak mencanak sampai ke hujung minggu. cuma ada dua tiga projek lagi yang perlu aku selesaikan malam ni hingga esok. Anak-anak pun dah habis exam. Untuk minggu ni aku benarkan diorang melayari internet di i-pad dan komputer masing2. Malam ni sedang aku mencari imej untuk projek baru di internet...entah macamana muncul pulak gambar lintah...
Aku tersenyum sendirian...Teringat masa balik kampung aidilfitri yang lalu. Anak dan suami ku cukup geli dengan lintah mahu pun pacat. Al maklum orang bandar. Kesian...
Aku punya kisah tersendiri dengan lintah....30 tahun yang lalu...
Sejak dari umur 6 tahun, aku memang suka habiskan masa di anak sungai sebelah rumah aku. Di situlah tempat aku bermain bersama kawan2, abang mat dan sepupu aku suwahir. Boleh dikatakan setiap hari kami mandi sungai. Sekurang2nya 1 jam sehari. Kalau hujung minggu mau 2-3 jam mandi. Disitulah juga aku mengasah skill berenang dan menyelam.
Setiap kali sebelum terjun ke dalam sungai. Aku akan tengok dulu permukaan air sampai lah ke gigi air. Kena pastikan sungai bebas dari sebarang binatang merbahaya. Setelah keadaan dipastikan selamat, kami memulakan penerjunan dengan gaya masing2.
Yang ditakuti Ular katam tebu dan juga lintah. Kalau ular tu jarang kami jumpa, tapi lintah....emmm memang tak boleh dijangka. Tau2 dah ada kat badan.
Dalam seminggu pasti 2-3 kali aku terserempak dengan lintah. Selalunya kalau terjumpa aku tangkap dan baling ke tepi tebing dengan harapan dia takkan datang lagi. Tapi aku terlupa yang sungai bukannya habitat untuk seekor lintah. Aku terlupakan anak, atuk, nenek atau bapak lintah yang selalunya meyelam dari dalam sungai.....
Biasanya setiap setengah jam aku perlu naik ke darat memeriksa badan....lagi2 kalau terasa menyucuk2 di bahagian tertentu badan.
Tempat pertama yang akan aku periksa ialah pusat. Biasanya di sinilah tempat kesukaan lintah.
Naik sahaja ke tebing sungai, segera aku bersembunyi di celah2 semak untuk memeriksa badan. Ya! dah dapat...memang aku dah agak, memang dia suka gigit kat pusat. Sangat susah nak menanggalkan lintah dari pusat. Dengan keadaan badannya yang licin, aku memerlukan device lain samada pisau, abu pokok atau garam. Setiap lintah yang dapat ku tangkap akan menerima balasannya.
Tanpa sempat dibicarakan, lintah2 tersebut akan terima hukuman yang sangat kejam dari aku. Badan lintah tu aku reganggkan dan akan ku pakukan pada perdu kelapa.
Lintah tersebut aku biarkan sampai kering lebih kurang seminggu lamanya. Lepas seminggu, aku sibuk menyediakan layang-layang yang diperbuat dari kertas minyak (warna coklat belang2).
Selesai membuat layang-layang, lintah kering tersebut aku ikat pada tali layang2 dan tulang tengah layang2 tersebut.
Lepas tu dengan riangnya aku berlari menuju ke sawah di seberang jalan untuk bermain layang2 lintah tersebut.
Aku tak tahu dari mana aku dapat idea tersebut (meletakkan lintah di layang2) tapi bunyi layang2 yang diikatkan lintah memang nyaring bila bergesel dengan angin...... Kalau nak tahu macamana bunyinya...cubalah sendiri!