Friday, 29 May 2015

Ckeen: MENEGUR ALA2 BODOH SOMBONG

Ckeen: MENEGUR ALA2 BODOH SOMBONG: Lamanya tak melukis...oklah, disebabkan puasa pun dah nak dekat, mood lukis pun cenderung kearah keagamaan sikit. Ini pasal cerita yang per...

MENEGUR ALA2 BODOH SOMBONG

Lamanya tak melukis...oklah, disebabkan puasa pun dah nak dekat, mood lukis pun cenderung kearah keagamaan sikit. Ini pasal cerita yang pernah aku dengar. 

Di satu hari di sebuah surau.Seorang ustaz menyampaikan kuliah agama tentang hadis palsu & ancaman dunia akhir zaman. Bila sesi soal jawab bermula, berdirilah seorang hamba Allah yang berpakaian bukan calang2 waraknya...beserban tinggi, berjubah molek elok...kalah ustaz yang tengah berceramah tu....Maka dengan bongkak dan penuh konfidennya, hamba Allah ini pun mengajukan soalan pada sang ustaz. Hamba Allah ni cuba mencabar ilmu ustaz tersebut....malangnya, ini yang terjadi:

Kesimpulannya....Jika ingin menegur, berdebat, berdebatlah dengan ilmu.....ditakuti terserlah pulak kebodohan & kedangkalan ilmu diri sendiri. Lebih baik diam dari berdebat dengan sesuatu yang kita pun kurang ilmu...lebih2 lagi bab2 agama.....Wallahualam

note: this applied to all keyboard worrior out there (including me...hihi)

Ckeen yasin
30.5.2015

Thursday, 24 July 2014

CATATAN AMBANG RAYA 2014

24 Julai 2014

Hari ni aku masih bekerja. Staff2 ku di ofis tersenyum riang tak sabar nak pulang….Si Pija yang nak balik Kelantan dah memandang skrin computer ternampak rendang ketupat…Ervina yang balik Sarawak dah lama naik belon. Mungkin dah bergembira bersama ibu bapanya sekarang. Tak kurang staff-staf ku warga johor…..Yati, Fuza, Nana tersenyum sampai ke telinga, menghitung hari mengira gerakkan jarum jam. Menyusun hari nak balik rumah mertua. Lagu raya sejak pagi berkumandang di corong computer…dah 176 kali ulang aku rasa…menanah telinga dah dengar.

AKU…..?  Planningnya esok dah nak balik kampung Penang ku terchenta…….nak menyambut hari rayalah.

Tak macam tahun-tahun yang lepas……entah kenapa tahun ni mood beraya tah kemana….tak teruja langsung nak beraya…Tahun ni tak ada apa2 persiapan raya yg aku buat. Kuih raya, baju raya langsung tak di beli…langsir raya, hiasan2 rumah untuk raya..…emmmm…tak de pun. Cat rumah…emmm biarlah. Malasnya nak cat baru….malas…! malas…! malas….!

Mungkinkah kerana usia sudah merangkak senja?….. blum senja sangat aku rasa…..

Menoleh kembali ke belakang, terlihat mimpi-mimpi yang tak kesampaian, mimpi belum aku capai, kekecewaan, cita-cita yang belum tergapai, hajat yang tak tertunai, walaupun aku dah melangkah sejauh ini…….Masih ada sesuatu yang aku cari dan belum temui. Apa yang aku cari???

Semakin usia bertambah semakin sayang meninggalkan Ramadhan, semakin aku mengerti erti Ramadhan dan keberkatan bulan yang mulia ni. Moga Allah memberkati perjalanan hidupku, semoga jiwaku lebih dekat dengan Pencipta dan semoga sekembalinya aku ke kampung esok hati kembali ceria….Aminnn.

Ramadhan, jangan kau pergi….


Kartun yang di lukis pun tak kena mengena dengan cerita….gasaklah!!!












Friday, 11 July 2014

Ckeen: CATATAN GAZA 2014....

Ckeen: CATATAN GAZA 2014....: Pagi ini...memang tak ada mood nak lukis kartun pasal suasana puasa atau update pasal world cup. Tebayang saudara kita di palestin. Sama ad...

CATATAN GAZA 2014....

Pagi ini...memang tak ada mood nak lukis kartun pasal suasana puasa atau update pasal world cup. Tebayang saudara kita di palestin. Sama ada kita sedar atau tidak...hampir setiap tahun bila tiba ramadhan, israel mengambil kesempatan membedil saudara se agama kita di Gaza......dan mereka tidak akan berhenti selagi tidak lenyap negara palestin di peta dunia....sama2lah kita berdoa pada Allah ....lafazkanlah qunut Nazilah....untuk kesejahteraan dan kemenangan mereka di sana....ameeennn



Friday, 9 May 2014

Ckeen: PUASA 1

Ckeen: PUASA 1: Bulan puasa dah tiba. tahun ni anak-anakku hannah dan caca mula berpuasa...haifa kakak yang sulung dah okay. Tapi tahun ni nampak lembik jug...

Ckeen: PUASA 2

Ckeen: PUASA 2: Lepas mak aku puas kejut sampai 1/2 jam...dengan penuh kepayahan dan tangisan aku bangun juga. dah pukul 4.30 pagi masih termenung tengok ...